web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi PDRM, 30 Termasuk Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 2:38PM

Antara individu yang ditahan sempena Ops besar-besaran di ibu kota. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 30 individu ditahan polis atas pelbagai kesalahan menerusi  Ops Samseng, Ops Motosikal dan Pelbagai Kesalahan yang dijalankan di sekitar ibu kota sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua lelaki berusia 19 hingga 51 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.

Katanya, seramai 23 pegawai dan 152 anggota JSPT Kuala Lumpur terbabit dalam operasi berkenaan yang dilakukan di sekitar Jalan Pahang, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

“Seramai 18 daripada jumlah tangkapan dipercayai memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol, manakala 10 individu lagi termasuk seorang wanita berusia antara 16 hingga 24 tahun ditahan kerana memandu dengan aksi berbahaya seperti zig zag, roket, superman serta bersaing.

“Dua lelaki berusia 16 dan 24 tahun turut ditahan kerana melakukan kesalahan memalsukan nombor pendaftaran,” katanya hari ini.

Menurut Sarifudin, kesemua tangkapan tersebut dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan 805 saman atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 36 motosikal dan 27 kereta telah disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos) serta berbuat bising sehingga mengganggu ketenteraman awam di Jalan Raja Laut.

“Kesemua kereta itu disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu Sarifudin berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar akan mengambil tindakan dan pemeriksaan terhadap kesemua kenderaan yang disita.

Ujar beliau lagi, polis akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. - Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bantu Warga Emas, Tabiklah Kat Abang Trafik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Anggota Trafik Peras Ugut Warga Singapura: Polis Mohon Bantuan Pejabat Konsulat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabar Walaupun Kena Saman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Op Patuh: Lebih 1,100 Saman Dikeluarkan Terhadap Pengguna Jalan Raya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad