web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Menurun, 63 Kes Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 10:43AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak  10,177 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menurun sedikit berbanding 14,944 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,317,706 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 10,124 kes tempatan dengan 53 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 5,767 kes atau bersamaan 56.67 peratus. Sebanyak 4,347 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 31 kes iaitu 0.30 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (14) serta kategori 5 (18),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 63 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 20 kes iaitu 31.75  peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 22 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 21 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 35 kes berumur 60 tahun ke atas, 32 kes mempunyai komorbiditi manakala dua kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 21 kematian baharu direkodkan semalam dengan tiada kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,280 dengan 7,449 daripadanya adalah kes BID.

“Johor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu empat kes, diikuti Kedah, Pahang dan Selangor (masing-masing tiga), Perak dan Sarawak (masing-masing dua) serta Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan (masing-masing satu).

“Tiada kematian dilaporkan di Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Putrajaya dan Labuan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat pertambahan dua kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 129 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,949 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 195 kes iaitu 82 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 108 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 15,132 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,128,963 kes. - Getaran, 10 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi