web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TH Sudah Bersedia, Hanya Tunggu Kuota Haji - Idris Ahmad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 2:15PM

Tabung Haji - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kuota haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi negara ini akan diketahui dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau akan dimaklumkan mengenainya dengan segera sebaik sahaja Tabung Haji (TH) mendapat maklumat daripada kerajaan Arab Saudi.

“Kuota haji bagi negara kita akan dimaklumkan oleh kerajaan Saudi sedikit masa lagi. 

“Terus berdoa, sabar dan fokus dalam menjalani ibadah Ramadan, dan sungguh-sungguhlah berdoa agar kita dapat menjadi tetamu Allah kelak,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Idris Ahmad - Gambar fail
Idris Ahmad - Gambar fail

Menurut beliau, kepastian untuk menunaikan ibadah haji tahun ini cukup memberi makna kepada semua umat Islam.

“Pastinya berita ini benar-benar menggembirakan semua umat Islam yang menantikan dengan penuh sabar untuk melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu. 

“Jaminan untuk melaksanakan ibadah haji ternyata semakin bersinar dengan pengumuman daripada kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, TH sudah bersedia untuk memastikan kelancaran ibadah haji kepada bakal jemaah Malaysia.

“Kelancaran ibadah haji kepada bakal jemaah di negara kita telah pun dipersiapsiagakan. 

“Kita hanya tinggal untuk mendapatkan kuota, dan segalanya pasti akan dijalankan dengan paling baik,” katanya.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya satu juta umat Islam tempatan dan antarabangsa di bawah usia 65 tahun dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Dua syarat yang ditetapkan ialah sudah divaksinasi dengan vaksin COVID-19 yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan melakukan saringan COVID-19 72 jam sebelum berlepas.

Kementerian turut mengingatkan keperluan jemaah haji untuk mematuhi langkah berjaga-jaga dan mengikuti semua arahan kesihatan semasa melaksanakan ibadah mereka.

Untuk rekod, tahun lepas kerajaan Arab Saudi membenarkan hanya 60,000 jemaah domestik meliputi warganegaranya dan warga asing yang berada di negara itu untuk menunaikan haji. - Getaran, 9 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar