Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bahasa Indonesia Berperanan Sebagai Kapal Induk, Bahasa Melayu Kapal Pengiring - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:58PM

Prof Dr Kamaruddin M Said berkata keputusan tersebut perlu dibuat atas dasar saling hormat-menghormati.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan negara jiran, Indonesia perlu ‘duduk semeja’ bagi mencari konsensus serta strategi terbaik berhubung usul negara ini untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN.

Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Kamaruddin M Said berkata, bagaimanapun keputusan tersebut perlu dibuat atas dasar saling hormat-menghormati dan memahami kedudukan masing-masing, berdasarkan aspek jumlah penutur kedua-dua bahasa.

Katanya, situasi dihadapi kedua-dua negara serumpun itu untuk memartabatkan Bahasa Melayu di pentas dunia ibarat perjalanan pelayaran sekumpulan kapal perang atau armada.

“Jadi bahasa mana akan jadi kapal induknya? Bahasa mana jadi kapal pengiring, bahasa mana akan memainkan peranan kapal selam? Pada saya dalam armada ada tiga jenis kumpulan kapal saling membantu.

“Kapal induk itu harus dilindungi kapal pengiring dan kapal selam. Tanpa kapal pengiring dan kapal selam, kapal induk itu boleh diserang dan tenggelam. Dan tanpa kapal induk pula, kapal pengiring dan kapal selam itu boleh diserang dan binasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Minda Profesor Negara bertajuk Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia sebagai Bahasa Antarabangsa yang bersiaran secara langsung menerusi Facebook MPN, hari ini.

Program lebih sejam dihoskan Felo Kluster Wanita dan Masyarakat MPN, Prof Madya Ts Dr Jessica Ong Hai Liaw itu, turut menampilkan Prof Dr Ir Ari Purbayanto dan Prof Dr Aminuddin Aziz dari Asosiasi Profesor Indonesia (API).

Dalam konteks tersebut, Kamaruddin berpendapat, Bahasa Indonesia harus berperanan sebagai kapal induk atau ketua dalam perjalanan mengangkat martabat bahasa serumpun kerana mempunyai bilangan penutur ramai.

Malah katanya, Bahasa Melayu (Malaysia) pula bertanggungjawab sebagai kapal pengiring strategik untuk membantu Bahasa Indonesia dalam mencapai matlamat tersebut.

“Dan bahasa dari rumpun lain juga harus bekerjasama sebagai satu armada pada saya. Jadi ini bukan soal nasionalisme bahasa, kalau kita mahu setaraf, semua sama tak mungkin.

“Bahasa ramai penutur tentu akan jadi ketua dalam perjalanan bahasa ini dan bahasa utama, Bahasa Indonesia belum sempurna.

“Ia memerlukan bantuan daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Brunei, Bahasa Thailand, Bahasa Filipina dan sebagainya,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya konsep tersebut diterima dan dipersetujui, matlamat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN boleh dicapai.

“Pada saya itu strategi perjalanan bahasa sebagai satu armada. Kapal induk itu harus menghormati kapal pengiring. Kapal pengiring harus menghormati kapal induknya. Jadi dari segi sentimen dan psikologinya harus begitu.

“Saya tidak tahu. Ini mungkin tidak jadi masalah kepada orang Indonesia sebab dia jadi kapal induk, tapi akan ada sentimen sukar diterima orang Malaysia. Orang Brunei mungkin tak ada masalah sebab negara mereka kecil, begitu juga Singapura yang menjadi pemerhati.

“Jadi ini sebetulnya, antara kapal induk Indonesia dan pengiring Malaysia bagaimana hendak mengharmonikan serta mensinkronisasi pergerakan supaya pelayaran ini sampai kepada matlamat. Ini strategi saya bayangkan yang seharusnya berlaku. Kalau berlaku, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ir Ari berpendapat isu tersebut memerlukan perbincangan lebih mendalam antara kedua-dua negara sebelum melibatkan sekutu ASEAN lain.

Malah katanya, kedua-dua negara juga perlu meneruskan penggunaan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu dalam program antarabangsa sebagaimana dilakukan tempoh hari untuk memulakan langkah tersebut.

“Kita perlu punya program bagaimana kita memulakan bahasa kedua, bangsa serumpun termasuk di Brunei. Dan program ilmiah antarabangsa kita sudah tengok tempoh hari bersama Malaysia juga kita menggunakan Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu.

“Tiada Bahasa Inggeris, jadi permulaan itu harus diteruskan. Dan itu boleh jadi penguatan kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia. Juga mungkin nanti kita berganding dengan Brunei Darussalam, Singapura juga Thailand sehingga itu jadi sebuah kekuatan (bahasa tersebut).

“Jadi kita tidak lihat lagi (bahasa kedua ASEAN) itu milik Malaysia, Singapura dan Indonesia, tapi dalam satu kekuatan. Ini perlu diwujudkan kerana kalau bercakap sahaja mungkin tidak ada hasilnya,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu mengadakan perbincangan dengan pemimpin ASEAN untuk mencadangkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di rantau berkenaan.

Perkara tersebut bagaimanapun menimbulkan perdebatan panas kedua-dua negara.

Terbaru, Menteri Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim menolak usul tersebut dan menganggap Bahasa Indonesia lebih wajar sebagai bahasa ASEAN dengan mengambil kira kelebihan sejarah, undang-undang serta linguistik. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ada Potensi Luas Untuk Kukuhkan Perkongsian ASEAN - Australia - Anwar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

PM Akan Pengerusikan Mesyuarat Berkala Persiapan Malaysia Selaku Pengerusi ASEAN 2025

3

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Tiba Di Jepun Untuk Lawatan Kerja 5 Hari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Penindasan Terhadap Rakyat Palestin Dinoktahkan

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 20 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

Semasa 1 hari yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri