web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rangka Manusia Di Australia Dipercayai Rakyat Malaysia - PDRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 9:24PM

Jacky Chong Kai Wong - Gambar dari Twitter@7NEWS Sydney

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan laporan berhubung kematian seorang lelaki warga Malaysia yang dipercayai dibunuh di Australia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak berkuasa Australia menemui rangka manusia di New South Wales kelmarin yang dipercayai dibunuh lebih setahun lalu.

“Hasil semakan mendapati mangsa dipercayai warga negara Malaysia berusia 25 tahun dan berasal dari Sarawak.

“Mangsa dipercayai memasuki Australia pada November 2016 dengan menggunakan visa pelancong dan ditawarkan bekerja sebagai pekerja ladang oleh satu sindiket warga asing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, sindiket warga asing itu turut disyaki terbabit dengan jenayah dadah.

“Siasatan masih diteruskan pihak berkuasa Australia dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan berkata, PDRM menyeru semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat berhubung kes terbabit.

Terdahulu, media Australia melaporkan polis negara berkenaan menemui rangka manusia dipercayai lelaki warga Malaysia di kawasan luar bandar di barat laut Bathurst di New South Wales, pada Ahad kira-kira jam 3.30 petang (waktu tempatan).

Rangka itu didakwa sebagai Jacky Chong Kai Wong yang dipercayai meninggal dunia antara 25 Disember 2020 dan 8 Januari 2021.

Portal 9news melaporkan, pihak berkuasa memaklumkan ia akan menjalani pemeriksaan forensik dan proses pengecaman menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan identitinya. - Getaran, 5 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad