web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rafizi VS Saifuddin, Siapa Lebih Layak?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menjelang pemilihan PKR 2022 13 hingga 18 Mei depan, mata tertumpu kepada jawatan nombor dua tertinggi dalam parti yang diasaskan pada 1998 itu.

Manakan tidak, dua calon berpengaruh dalam PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Rafizi Ramli bakal bertembung merebut kerusi panas tersebut.

Biarpun kempen secara rasmi hanya akan bermula selepas penamaan calon yang dijadualkan pada 8 April ini, sudah ada penyokong sibuk mempromosikan pimpinan pilihan masing-masing terutamanya di platform media sosial.

Di antara Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR dengan Rafizi, siapa lebih layak menggalas jawatan penting itu?

Sudah tentu sukar menjawab persoalan tersebut kerana persaingan masih terbuka dan kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, pertembungan membabitkan dua pemimpin penting dalam PKR itu pasti sengit dan akan menarik perhatian ramai.

Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Susah nak kata siapa boleh menang, saya sendiri pun tak tahu sebab kedua-duanya sama hebat dan ada kekuatan masing-masing.

“Mereka juga ada pengaruh kuat dalam parti. Jadi pertembungan ini amat menarik untuk kita saksikan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Berdasarkan penelitiannya, Mohd Azizuddin berkata, Saifuddin Nasution dilihat mempunyai sokongan ‘orang lama’ dalam barisan kepimpinan parti itu.

“Kalau tengok Saifuddin, kesetiaannya terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas terbukti. Buat macam mana pun dia sentiasa bersama Anwar. Pendek kata, dia dilihat sebagai orang kanan Anwar.

“Dan semasa dia mengumumkan mahu bertanding pun saya tengok orang sekeliling dia pun banyak orang lama, misalnya Datuk Johari Abdul yang duduk di sebelah. Ini bermaksud orang lama menyokong dia,” katanya.

Begitu pun beliau berpendapat, aura Rafizi tidak boleh dipandang enteng kerana mantan Naib Presiden PKR itu sebenarnya mendapat sokongan kuat daripada anak sulung Anwar, Nurul Izzah.

“Jadi maknanya dalam keluarga Anwar itu, Rafizi ada sokonganlah. Tambahan pula ramai melihat Rafizi sebagai orang lantang mengkritik, ada banyak idea-idea baharu yang bernas.

“Dia juga ada daya tarikan di kalangan orang muda bukan sahaja dalam parti tapi di luar parti. Jadi tidak mustahil ada yang ingin melihatnya berada di kerusi itu demi satu anjakan paradigma,” katanya.

Namun Mohd Azizuddin berpandangan, keputusan sama ada pengundi menyokong Rafizi ataupun Saifuddin bergantung kepada matlamat yang dibawa mereka dapat memperkukuh dan membawa pembaharuan untuk parti.

“Sekarang orang mengundi bukan atas keperluan parti sahaja tapi melihat situasi politik nasional, mereka mahukan pemimpin jenis macam mana.

“Jadi mungkin itu mempengaruhi keputusan pengundi sama ada menyokong Rafizi ataupun Saifuddin,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi menyifatkan, pertembungan kedua-dua pemimpin tersebut sebagai persaingan sihat dan bagus untuk demokrasi di negara ini.

Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi
Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi

“Siapa pemimpin yang peringkat akar umbi rasakan lebih layak untuk memimpin? Ini membuka pilihan lebih-lebih lagi apabila pertembungan itu mungkin hanya setakat ada dua calon sahaja. Jadi jelas siapa yang diinginkan pelbagai ahli.

“Maka kita perlu alu-alukan pemilihan tersebut tetapi harus diingat ia bukannya pertandingan di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia pertandingan dalam sebuah parti yang sama.

“Jadi dalam konteks ini, PKR perlu menunjukkan contoh baik kepada parti lain bahawa pemilihan seumpama ini tidak membawa kepada perpecahan. Ini kerana mereka melihat PKR sebagai sebuah parti yang besar, semakin dihormati dan juga matang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar mana-mana calon yang tewas dalam pemilihan tersebut tidak seharusnya dipinggirkan daripada parti.

Katanya, calon yang tewas harus menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

“Mereka perlu buktikan dalam pemilihan tersebut tidak ada yang merajuk, tidak ada yang selepas itu akan menyendiri, menarik diri dan sebagainya. Bagi saya yang menang itu perlu diraikan manakala yang kalah itu tak perlu dipinggirkan.

“Sebab itu saya cadangkan yang kalah itu pun perlu ada tempat di dalam parti. Macam Rafizi walaupun tewas sebelum ini, dia dilantik jadi Naib Presiden. Jadi tidaklah memalukan calon yang tewas. Ini jawatan penting untuk menentukan masa depan parti,” katanya.

Walaupun saingan dijangka sengit, Awang Azman berpendapat pertembungan di antara Rafizi dan Saifuddin lebih bersifat kekeluargaan dalam PKR.

“Pada saya persaingan itu tidak menjejaskan hubungan antara satu sama lain, lebih bersifat pertembungan kekeluargaan dalam PKR.

“Pandangan dan sokongan mereka mungkin berbeza tetapi matlamat mereka tetap sama iaitu mahu memperkukuhkan parti,” katanya.

Kerusi Timbalan Presiden PKR kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipecat berikutan peranannya dalam Langkah Sheraton yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020. - Getaran, 3 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad