Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kemaskini Tarikh Lahir, Elak Status Vaksinasi Bertukar Tidak Lengkap Di MySejahtera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 5:54PM

Kegagalan mengkemaskini tarikh lahir boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukar kepada tidak lengkap vaksinasi. - Gambar dari Twitter MySejahtera

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna MySejahtera diminta mengemaskini tarikh lahir masing-masing pada halaman profil di aplikasi tersebut dengan segera.

Jurucakap MySejahtera memaklumkan, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan status vaksinasi akan ditukar kepada tidak lengkap vaksinasi atau tidak divaksinasi.

“Status vaksinasi lengkap anda tidak akan terpapar di profil MySejahtera sekiranya anda tidak kemas kini tarikh lahir anda.

“Sila kemas kini tarikh lahir anda dengan segera!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Katanya lagi, orang ramai turut diingatkan supaya mengemaskini aplikasi kepada versi 1.18 untuk mengakses ciri pengesahan baharu.

Kemas kini tersedia untuk kedua-dua peranti Android dan Apple.

“Notis penting. Sila kemas kini versi aplikasi MySejahtera yang terkini (1.1.8) bagi memastikan semua fungsi terbaru dalam aplikasi ini dapat digunakan.

“Kemas kini melalui Google Playstore/Appstore/Huawei Appgallery sekarang,” katanya.

Bermula semalam, status vaksinasi semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas serta penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun dan ke atas yang masih belum menerima dos penggalak akan bertukar menjadi tidak lengkap di aplikasi MySejahtera.

Pada 24 Mac lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kira-kira dua juta rakyat Malaysia dijangka kehilangan status “divaksin sepenuhnya” di aplikasi MySejahtera mulai semalam.

Angka unjuran itu melibatkan penerima vaksin Sinovac berumur 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang gagal mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 31 Mac. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

MySejahtera Diurus Bahagian Baru KKM Agar Operasi Lebih Teratur

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 21 jam yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 9 jam yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Politik 20 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen