web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 2:36PM

Wong Kah Woh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya kerajaan memastikan pemilikan penuh dalam aplikasi MySejahtera bagi menjamin keselamatan data peribadi pengguna dalam aplikasi itu serta data berkenaan tidak disalah guna mana-mana pihak.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan juga perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi itu secara rundingan terus yang dibuat melalui keputusan Jemaah Menteri pada 27 November 2021, dan kerajaan harus mengambil alih keseluruhan aplikasi berkenaan melalui Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Beliau berkata kerajaan juga perlu mengambil pendekatan lebih berhemah dalam segala proses perolehan.

“Segala tawaran melalui CSR (tanggungjawab sosial korporat) adalah dialu-alukan, bagaimanapun terma-terma berkenaan dengan tawaran CSR harus dinyatakan dengan jelas dan tidak boleh dijadikan sebagai jalan alternatif untuk rundingan terus. Garis panduan hendaklah diwujudkan untuk tadbir urus tawaran CSR,” katanya.

PAC membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, hari ini.

Selain itu, Kah Woh berkata kerajaan perlu meneruskan usaha menjadikan MySejahtera sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Beliau berkata PAC telah mengadakan dua prosiding berhubung isu tersebut pada 14 dan 21 April lepas dengan memanggil lapan saksi antaranya Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hasil prosiding tersebut mendapati pelantikan KPISoft (Entomo) sebagai pembangun aplikasi MySejahtera pada Mac 2020 didapati tidak teratur serta tidak berlandaskan prosedur atau tatacara perolehan kerajaan.

Kah Woh berkata tiada sebarang minit atau dokumen sokongan yang wujud berkenaan pelantikan tersebut, dengan satu-satunya dokumen adalah Perjanjian Ketakdedahan (NDA) yang ditandatangani antara Majlis Keselamatan Negara (MKN) (bagi pihak kerajaan) dengan KPISoft.

“Konsep CSR yang dicadangkan oleh KPISoft (Entomo) telah menyebabkan kerajaan tidak jelas akan hala tuju sebenar perolehan aplikasi MySejahtera. Kerajaan keliru dari segi pelantikan KPISoft, konsep CSR dan tempohnya serta pemilikan aplikasi MySejahtera,” katanya.

Kah Woh berkata konsep CSR telah digunakan sebagai mekanisme untuk mendapatkan projek kerajaan tanpa melalui prosedur perolehan yang sepatutnya selain tiada dokumen yang menyatakan CSR itu adalah bertempoh setahun.

Selain itu, beliau berkata MOF telah menetapkan harga siling sebanyak RM196 juta untuk perolehan MySejahtera bagi tempoh dua tahun (RM98 juta setahun) dengan amaun itu adalah tinggi dan bercanggah dengan konsep CSR.

Menurutnya setakat April lepas, kerajaan didapati masih belum mendaftarkan harta intelek (IP) bagi aplikasi MySejahtera di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang boleh menyebabkan aplikasi itu dituntut pemilikannya oleh pembangun aplikasi.

Bagaimanapun, beliau berkata keputusan kerajaan menolak cadangan syarikat pembangun aplikasi berkenaan supaya aplikasi itu dikomersialkan adalah wajar demi memastikan keselamatan data peribadi pengguna aplikasi dilindungi.

Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berkaitan aplikasi itu boleh memuat turun laporan berkenaan di laman web PAC di www.parlimen.gov.my/pac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketirisan Dana Awam: Tindakan Tegas Ke Atas Pegawai, Menteri Salah Guna Kuasa 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja