web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Saat Akhir Masih Rancak, Pasar Jadi Tumpuan Ramai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 3:02PM

Gerai jualan daging segar antara yang mendapat permintaan tinggi di Pasar Besar TTDI, Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cuti hujung minggu sering menjadi pilihan rakyat bagi membeli barangan keperluan di pasar awam sekitar ibu negara.

Ia tidak terkecuali untuk umat Islam, sebagai persiapan bagi menyambut kedatangan Ramadan, esok.

Tinjauan Getaran di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pagi ini mendapati, orang ramai mula memenuhi lokasi terbabit sejak jam 9 pagi untuk membeli barangan diperlukan.

Premis tersebut sememangnya destinasi tumpuan warga sekitar, lantaran ia lengkap dengan segala keperluan harian, termasuk bahan mentah yang sejak sekian lama menjadi antara barangan utama perlu disediakan menjelang Ramadan.

Antara yang menjadi buruan termasuk ayam, makanan laut, daging, sayuran segar dan rempah ratus.

Seorang guru tuisyen, Aisyah Yahya, 33, ketika ditemui berkata, pasar itu adalah destinasi utama bersama rakan serumahnya bagi mendapatkan ikan dan ayam segar setiap kali menyambut Ramadan.

Cikgu tuisyen, Aisyah Yahya, 33.
Cikgu tuisyen, Aisyah Yahya, 33.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan untuk dirinya membeli barangan di pasar tersebut memandangkan ia terletak berhampiran, selain kualiti terbaik ditawarkan.

“Jika di kampung (Sandakan, Sabah) setiap kali sebelum menyambut Ramadan, saya dan ibu akan ke pasar membeli barangan keperluan untuk seisi keluarga.

“Rutin itu tetap saya lakukan walaupun kini berada jauh di perantauan,” katanya yang membeli daging dan sayuran di pasar terbabit.

Sementara itu, seorang suri rumah, Nafsiah Ramli, 59, pula berkata, beliau ke pasar terbabit untuk membeli barangan bagi menyiapkan singgang sebagai juadah berbuka puasa, esok.

“Suami dan anak-anak memang gemar singgang ikan kembung jadi makcik datang ke sini untuk beli ikan segar dan barangan keperluan lain bagi menyediakan juadah itu.

“Selain itu, ada juga barangan lain yang dibeli di sini seperti daging, sayur dan ulam-ulaman,” katanya.

Esok, umat Islam di Malaysia akan menyambut bulan Ramadan yang diramalkan kembali meriah, selepas kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bermula semalam.

Keputusan berkenaan adalah sebahagian daripada proses peralihan ke fasa endemik, seperti diputuskan Jemaah Menteri.

Bermula semalam juga, semua sempadan negara kembali dibuka, mengakhiri penantian lebih dua tahun sejumlah besar rakyat Malaysia untuk kembali ke tanah air, khususnya mereka yang bekerja di Singapura. - Getaran, 2 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Trafik Mulai Sesak Di Plaza Tol Gombak Setakat 11 Pagi Ini

2

Politik 3 tahun yang lalu

‘Alhamdulillah Selesai Tinjauan Di Selangor, Harapan Cerah PN Rampas Kerajaan Negeri’

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tinjauan: Pengundi Mahu BN Bekerjasama Dengan PH Atau PN Selepas PRU-15

4

Politik 3 tahun yang lalu

PRU-15: BN Dijangka Menang, Ismail Sabri Pilihan Utama PM

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad