web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: BN Dijangka Menang, Ismail Sabri Pilihan Utama PM

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 2:00PM

Mendahului senarai pilihan Perdana Menteri menurut tinjauan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EUERA) ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 27.3 peratus - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dijangka mengungguli Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), berikutan pelaksanaan pelbagai dasar yang dilihat mampu memberi impak positif terhadap pengurangan beban isi rumah.

Gabungan itu jug dilihat berupaya meringankan aliran tunai kepada sektor ekonomi.

Unjuran firma Fitch Solution mendapati, manifesto ditawarkan BN dilihat pakar ekonomi sebagai lebih ideal dan sehaluan dengan aliran pembangunan ekonomi negara, termasuk dari jangka masa pendek, sederhana serta panjang.

Aspek ini diperkuat menerusi tinjauan oleh Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EUERA), yang dilaksanakan selama dua minggu, bermula sebelum hari penamaan calon.

Tinjauan berkenaan mendapati, pilihan pengundi yang sebelumnya cenderung memilih Pakatan Harapan (PH) beralih kepada BN, sebaik selesai hari penamaan calon.

Sebelum 5 November itu, 37.8 peratus pengundi memihak kepada PH manakala baki 34.5 peratus lagi memilih BN.

Sumber: Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EUERA)
Sumber: Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan (EUERA)

Dinamik pilihan pengundi bagaimanapun berubah selepas tarikh tersebut, yang menyaksikan 36.1 peratus memilih BN, manakala PH dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing meraih 33.1 serta 27.8 peratus sokongan.

PRU-15 bukan hanya berkisar kepada dominasi parti politik, tetapi turut mencakupi aspek personaliti yang mampu menggalas tugas sebagai Perdana Menteri.

Mendahului senarai pilihan ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan 27.3 peratus.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berada di kedudukan kedua pada 23.5 peratus, diikuti Datuk Seri Anwar Ibrahim (22.6%), dan Tun Dr Mahathir Mohamad (2.6%).

Seramai 24.1 peratus pengundi pula masih samar-samar dalam memutuskan siapa calon paling sesuai untuk menyandang portfolio nombor satu negara itu.

Kriteria pilihan pula dilihat lebih mengutamakan ciri kepimpinan dan sumbangan terhadap komuniti serta negara.

Pengundi juga menjadikan pengalaman berpolitik sebagai antara elemen yang perlu dimiliki, agar pemimpin dipilih berupaya membawa dan memperjuang suara rakyat di Parlimen - Gambar Fail
Pengundi juga menjadikan pengalaman berpolitik sebagai antara elemen yang perlu dimiliki, agar pemimpin dipilih berupaya membawa dan memperjuang suara rakyat di Parlimen - Gambar Fail

Pengundi juga menjadikan pengalaman berpolitik sebagai antara elemen yang perlu dimiliki, agar pemimpin dipilih berupaya membawa dan memperjuang suara rakyat di Parlimen.

Senario ini bagaimanapun berbeza dengan golongan muda, yang masih tidak berupaya membulatkan pilihan, dalam mengenal pasti parti politik dikehendaki.

Meskipun begitu, pilihan utama dilihat lebih memihak kepada BN apabila 27.1 peratus golongan muda menyatakan sokongan mereka terhadap gabungan tersebut.

Dalam perkembangan lain, majoriti pengundi menyifatkan kerajaan perlu terlebih dahulu menyelesaikan segala isu berkaitan kemelesetan ekonomi, peningkatan taraf hidup, penciptaan peluang pekerjaan dan pengukuhan mata wang negara sebaik PRU-15 selesai dilaksanakan.

Aspek ini jelas membayangkan rakyat sememangnya cakna dengan segala perkembangan yang berlaku dalam negara, dan menanti penyelesaian secara holistik demi jaminan masa hadapan. - Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi