web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Meterai MoU Pengambilan, Perlindungan Pekhidmat Domestik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2022 4:30PM

Ismail Sabri Yaakob (berdiri, kiri) bersama Joko Widodo (berdiri, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU mengenai Penggajian dan Perlindungan Pekerja Migran Rumah Tangga (IDMW) Indonesia di Istana Merdeka, Jakarta, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia hari ini memeterai memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia.

Pemeteraian MoU itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Merdeka di sini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan mewakili Malaysia dan Indonesia diwakili Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah.

Ismail Sabri pada sidang media bersama Joko Widodo selepas menyaksikan majlis itu berkata MoU itu akan memastikan segala proses pengambilan dan mekanisme perlindungan PDI dilaksanakan secara komprehensif oleh pihak-pihak yang berkaitan, mengikut dasar dan perundangan di kedua-dua negara.

“Saluran kemasukan tunggal bagi PDI ke Malaysia dipersetujui dengan hanya menggunakan sistem saluran tunggal seperti yang terkandung dalam MoU bagi menyaring hanya majikan yang layak untuk menggajikan PDI,” katanya.

Perdana menteri turut menekankan Malaysia telah meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai komitmen negara di peringkat antarabangsa untuk membanteras isu buruh paksa, termasuk memberi perlindungan kepada pekerja migran dari Indonesia.

Dalam menjaga kebajikan pekerja domestik dari sudut perlindungan sosial, pelbagai inisiatif dilakukan termasuk caruman melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan jaminan bayaran gaji melalui e-Wages iaitu bagi menjamin pembayaran gaji tidak lewat daripada hari ketujuh setiap bulan.

Cuti rehat sehari seminggu dan aplikasi e-aduan yang membolehkan pekerja membuat sebarang aduan secara dalam talian diperkenalkan serta lain-lain kebajikan yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan.

Pemeteraian MoU itu turut merintis kepada kemasukan semula Tenaga Kerja Indonesia untuk bekerja dalam sektor-sektor yang dibenarkan di Malaysia. 

Ismail Sabri berkata MoU yang termeterai akan memberi manfaat besar dan berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia.

Pemeteraian itu juga disifatkan satu detik yang besar dan penting serta mencerminkan komitmen berterusan pemerintah Malaysia dan Indonesia menguruskan hal ehwal rakyat.

"Sebagai negara tetangga, Malaysia sentiasa menghargai dan mengalu-alukan sumbangan pekerja migran Indonesia terhadap pembangunan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia," katanya.

Rasa gembira turut dizahirkan Ismail Sabri memandangkan MoU itu telah melalui siri perbincangan dengan beberapa Perdana Menteri sebelum ini, namun termeterai ketika beliau menjawat jawatan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad