web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MySejahtera Tidak Dijual Tapi Pindah Hak Milik Antara MKN-KKM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 8:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sekali lagi menegaskan aplikasi MySejahtera tidak dijual kepada pihak swasta.

Sebaliknya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemindahan pengurusan aplikasi tersebut sebagaimana yang berlaku ketika ini membabitkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

Katanya, ketika MySejahtera dibangunkan, hak milik aplikasi itu diberikan kepada MKN dan syarikat berpangkalan di Singapura, KPISOFT (M) Sdn Bhd pula bertanggungjawab menguruskan aplikasi tersebut.

Namun Khairy berkata, ketika dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 30 Ogos lalu, beliau berpandangan adalah wajar KKM mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan operasi MySejahtera memandangkan fungsi utama aplikasi itu dan data yang diperolehi menerusi aplikasi tersebut berkait rapat dengan aspek kesihatan.

Susulan itu katanya, Jemaah Menteri pada 26 November lalu bersetuju agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM bagi memudahkan pengoperasian sistem, pemantauan dan pengesanan kontak serta memperkasakan hebahan tentang kesihatan awam.

“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri itu, satu Jawatankuasa Pemandu telah ditubuhkan yang dipengerusikan sendiri oleh saya dan dianggotai  pelbagai agensi berkepentingan seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Ini bertujuan mengadakan rundingan bersama syarikat pengendali MySejahtera. Justeru, tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta, sebaliknya keputusan Jemaah Menteri pada bulan November lalu bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada KKM,” katanya.

“Just to be clear, pemindahan ini bukan dari syarikat swasta kepada KKM, tetapi dari agensi kerajaan lain kepada KKM,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Aplikasi MySejahtera di Dewan Negara, hari ini.

Pada masa sama, beliau menegaskan, kerajaan sehingga hari ini masih belum melulus atau membuat sebarang pembayaran kepada pengendali aplikasi tersebut.

“Kerajaan dan KKM akan memastikan apa-apa keputusan berhubung pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat.

“Justeru, rundingan yang masih berjalan ketika ini akan diusahakan sebaik mungkin untuk mencapai situasi menang-menang yang seterusnya akan memastikan isu ini dapat mencapai kata putus,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tiada apa-apa yang hendak disembunyikan berhubung rundingan tersebut.

“Keputusan untuk mengadakan rundingan ini adalah suatu usaha untuk memperbetul dan menyelesaikan masalah yang telah timbul sebelum ini.

“Saya dan KKM juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap apa-apa prosiding yang akan dijalankan termasuklah oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya berharap penjelasan yang telah diberikan di dalam penggulungan ini dapat memberi kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dan akan berlaku dalam isu MySejahtera ini,” katanya. - Getaran 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad