web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Data Pengguna MySejahtera Hak Milik Kerajaan, Terjamin Keselamatan, Kerahsiaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 8:04PM

Khairy Jamaludin ketika penggulungan perbahasan usul aplikasi Mysejahtera pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.

Beliau berkata, sebelum kerajaan melancarkan aplikasi tersebut pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mewakili kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (Non-Disclosure Agreement - NDA) bersama syarikat KPISOFT (M) Sdn Bhd pada 1 April 2020 dengan terma yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik Kementerian Kesihatan (KKM) sahaja.

“Dalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], Akta Perubatan 1971 [Akta 50] dan piawaian antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Usul Aplikasi MySejahtera di Dewan Negara, hari ini.

Jelasnya lagi, transaksi data daripada aplikasi MySejahtera dimuat naik ke jaringan pelayan awan setiap hari dan hanya boleh diakses untuk kegunaan aplikasi tersebut serta aplikasi sokongan berkaitan dengan pandemik COVID-19 sahaja.

Mengenai keselamatan aplikasi dan data pula, Khairy berkata, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan aplikasi itu selamat, pengujian penembusan dan kerentanan (penetration and vulnerability test) sebelum ia dilancarkan.

“NACSA turut menjalankan audit keselamatan berkala setiap bulan dan melaksanakan ujian penembusan dari semasa ke semasa selain melaksanakan audit trail kepada server yang menyimpan data MySejahtera.

“NACSA melalui Cyber Coordination and Command Centre (NC4) memantau keselamatan secara berterusan ke atas aplikasi MySejahtera untuk mengesan sebarang pencerobohan,” katanya.

Malah katanya, hasil semakan juga mendapati syarikat pengendali aplikasi tersebut juga telah menerima piawaian ISO270001 (ISMS).

“Piawaian ISO270001 ini ialah spesifikasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat meliputi dasar dan pengurusan keselamatan maklumat, keselamatan fizikal dan persekitaran, keselamatan komunikasi dan keselamatan sumber manusia.

“Berdasarkan fakta tersebut, saya ingin tekankan bahawa setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan terjamin keselamatan serta kerahsiaannya,” katanya.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya terus menggunakan aplikasi MySejahtera tanpa ragu-ragu.

“Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi,” katanya. - Getaran 31 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad