web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Maut, 2 Cucu Cedera dalam Nahas Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 8:01AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sepasang suami isteri maut manakala dua cucu mereka cedera selepas kereta dinaiki dipercayai bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan di Km 68.6 Jalan Raya Timur Barat selepas Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa di Gerik petang semalam.

Pasangan itu dikenali sebagai Muhamad Zaidi Mohamad Dahalan, 57, dan isterinya Rosmiza Mohd Zain, 51, masing-masing beralamat di Tanah Merah, Kelantan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian menimpa pasangan itu serta dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia enam dan lapan tahun itu pada pukul 3.59 petang.

"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan bagi kerja-kerja menyelamat," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata sebaik tiba di tempat kejadian, dua kanak-kanak yang cedera ringan didapati telah dikeluarkan oleh orang awam, pasangan suami isteri itu kemudiannya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum diserah kepada pihak polis, manakala pemandu lori dilaporkan selamat.

Katanya keempat-empat mereka yang menaiki kenderaan jenis Perodua Axia dikatakan sedang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kedah.

"Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.40 malam dan pasangan yang meninggal dunia telah dibawa ke Hospital Gerik manakala dua kanak-kanak yang cedera dibawa ke Hospital Jeli, Kelantan untuk rawatan," katanya.- Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad