web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Individu Tidak Puasa Di P Pinang Boleh Didenda RM1,000, Dipenjara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2022 11:30AM

Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Umat Islam di Pulau Pinang yang didapati sengaja makan atau minum di khalayak ramai tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie ketika Ramadan boleh dikenakan tindakan undang-undang iaitu denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata menurut Seksyen 15 Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

“Sepanjang bulan puasa nanti, Pulau Pinang akan menganjurkan kempen hormati Ramadan dengan mengadakan operasi bersepadu iaitu antara manifestasi kesungguhan pentadbiran Islam negeri ini untuk mengajak umat Islam agar sama-sama memuliakan bulan suci.

“Objektif operasi bersepadu itu bertujuan meningkatkan kesedaran umat Islam di samping membanteras tindakan tidak menghormati Ramadan seperti sengaja makan atau minum di khalayak ramai tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zakiyuddin berkata mengikut Seksyen 15, tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menjual kepada orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam tempoh wajib berpuasa ketika Ramadan.

Katanya selain itu, tindakan boleh dikenakan terhadap individu Islam yang secara terbuka atau berada di tempat awam yang didapati minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.

“Operasi itu akan dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan kerjasama agensi-agensi seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, JHEAIPP telah mengenal pasti kira-kira 120 lokasi panas dan operasi akan turut memberi tumpuan terhadap aspek kebersihan premis dan pengendalian makanan, pematuhan syarat-syarat permohonan lesen serta lain-lain yang berkaitan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

“Kami berharap dengan operasi bersepadu ini mampu menimbulkan kesedaran buat umat Islam Pulau Pinang untuk menjadikan Ramadan pada tahun ini adalah Ramadan yang terbaik untuk semua,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

4

Rencana 3 tahun yang lalu

Pesakit Diabetes Perlu Jaga Pemakanan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan