web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Samun Kedai Alat Ganti Komputer, 7 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 7:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis menahan tujuh individu disyaki terbabit kes samun sebuah kedai menjual alat ganti komputer di Bandar Damai Perdana di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, tangkapan tersebut dilakukan susulan laporan dibuat mangsa, iaitu seorang pengawal keselamatan di premis berkenaan.

“Menurut mangsa, dia diserang sekumpulan 15 hingga 20 lelaki menggunakan pemukul besbol ketika bekerja di premis perniagaan komputer berkenaan.

“Kemudian, suspek memecah masuk dan melarikan peralatan perkakasan komputer di dalam premis di tingkat satu yang dianggarkan bernilai RM70,000,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek menggunakan kenderaan jenis Nissan Navara, Toyota Hiace, Perodua Alza dan Proton Exora ketika melakukan jenayah itu.

Katanya, kenderaan mangsa turut dirosakkan suspek ketika dia cuba menghalang mereka daripada melarikan diri.

“Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 36 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di sekitar Lembah Klang pada kira-kira jam 12.30 tengah malam semalam.

“Hasil serbuan polis merampas tiga kereta, sebuah van, lima telefon bimbit, dua komputer riba dan 36 mesin bitcoin,” katanya.

Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 atau IPD Kajang di talian 03-89114222 bagi membantu siasatan. - Getaran, 30 Mac 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja