web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Segera Perbaharui Sistem Perlindungan Sosialnya - Gabenor BNM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 3:20PM

Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu segera memperbaharui sistem perlindungan sosialnya bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah kewangan yang serius pada masa depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Beliau membuat gesaan itu selepas data terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan bahawa kira-kira 6.1 juta ahli KWSP mempunyai simpanan persaraan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dan dalam kalangan mereka 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.

“Pandemik telah memberi peringatan kepada kita sekali lagi bahawa kita perlu melakukan pembaharuan dalam sistem perlindungan sosial kita dengan segera.

“Ia bukan suatu yang mudah, dan juga tidak boleh berlaku dalam sekelip mata, tetapi ia perlu dimulakan sekarang,” katanya pada sidang media secara maya yang diadakan bersempena dengan pelancaran laporan tahunan 2021 BNM hari ini.

Nor Shamsiah berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 baru-baru ini.

Menurutnya, memandangkan ekonomi sekarang sedang menunjukkan petanda pemulihan, rakyat perlu mula perlahan-lahan membina semula penampan kewangan mereka.

Sementara itu, Timbalan Gabenor Jessica Chew berkata meskipun bank pusat menyedari bahawa pengeluaran itu akan membantu ramai orang yang sedang bergelut untuk bangkit semula daripada pandemik dan bencana banjir baru-baru ini, namun angka daripada data KWSP itu adalah “sangat membimbangkan”.

Justeru, katanya, perlu ada dasar yang boleh bertindak balas bersekadar kepada situasi yang sedang dialami negara sekarang ini.

“Langkah-langkah seperti ini (pengeluaran KWSP) perlu digunakan dengan berhati-hati….sangat berhati-hati, dan hanya dalam situasi yang benar-benar genting,” katanya.

Sementara itu, gabenor berkata nisbah hutang isi rumah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) berada pada 89 peratus, lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Singapura (69.7 peratus), Indonesia (17.2 peratus) dan Filipina (9.9 peratus).

“Kami sedang memantau rapat paras hutang tinggi itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya penambahbaikan dalam pasaran dan bantuan bersasar akan menyokong lagi kapasiti melunaskan hutang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi