web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aplikasi MySejahtera Masih Lagi Relevan? NGO Beri Reaksi Berbeza

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2022 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu keselamatan data peribadi MySejahtera bukanlah isu baharu kerana pada Oktober lalu, ramai pengguna mengadu mereka menerima mesej kata laluan guna sekali (OTP), sekali gus menimbulkan keraguan mengenai tahap keselamatan aplikasi tersebut.

Masalah yang berlaku tidak terhenti di situ sahaja apabila sebulan kemudian, pengguna mendakwa ada kalangan mereka menerima pemakluman supaya menjalani arahan pengawasan di rumah (HSO).

Pemakluman itu menimbulkan tanda tanya susulan mereka tidak pernah menjadi kontak rapat apatah lagi berkunjung ke kawasan panas mahupun pulang dari luar negara.

Malah baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung keputusan menjual MySejahtera kepada syarikat swasta.

Katanya, langkah itu menimbulkan kebimbangan mengenai pengurusan data peribadi dan kemungkinan wujud penyalahgunaan maklumat kesihatan jutaan rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta dan memberi jaminan data diperoleh diselia kementerian itu sejak ia mula digunakan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata aplikasi berkenaan adalah hak milik kerajaan dan KKM dilantik sebagai pemilik utama bagi pengurusan kesihatan awam negara sejak ia diputuskan pada 26 November tahun lalu.

Perkara itu turut mendapat perhatian Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendakwa menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung kebimbangan terhadap kemungkinan data peribadi mereka dicerobohi pihak tertentu.

Nadzim Johan - Gambar fail
Nadzim Johan - Gambar fail

Menurut beliau, aduan yang diterima PPIM jelas membuktikan bahawa rakyat sudah hilang keyakinan terhadap aplikasi yang dibangunkan kerajaan itu.

“Memang kita terima macam-macam aduan kebimbangan orang ramai mengenai risiko kebocoran data peribadi mereka malah ada juga yang marah. Jadi rakyat dah macam hilang keyakinan.

“Kerajaan kata kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tapi sejauh mana jaminan keselamatan data peribadi rakyat di negara ini dipelihara dan adakah benar tidak akan berlaku pencabulan data tersebut?” soalnya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Susulan itu, beliau berpendapat, aplikasi MySejahtera sudah tidak lagi relevan untuk digunakan apatah lagi negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April ini.

“Pada saya dah tak payah guna dah sebab nak masuk (fasa peralihan) endemik. Saya tak nampak rasional penggunaan aplikasi tersebut.

“Aplikasi itu gunanya nak buat duit. Duit dah buat, apa lagi dia hendak? Nak buat duit lebih, relakslah dulu. Memang tak masuk akallah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, isu yang timbul ketika ini menunjukkan pengurusan yang lemah di peringkat KKM.

“Apa yang berlaku menunjukkan kelemahan KKM yang agak luar biasa. Saya rasa mungkin Perdana Menteri kena ambil tindakan untuk minta menterinya supaya letak jawatan.

“Rakyat tengah marah. Jika tiada tindakan diambil, saya fikir kita tidak boleh mengundi mana-mana parti yang menyokong dialah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman bagaimanapun berpendapat, aplikasi MySejahtera masih relevan untuk digunakan ketika ini.

Mohd Yusof Abdul Rahman
Mohd Yusof Abdul Rahman

Katanya, aplikasi tersebut merupakan satu kaedah untuk mengesan kontak rapat kes COVID-19.

“Saya rasa masih perlu lagi (digunakan) sebab COVID-19 masih lagi ada dalam masyarakat. Jadi itu merupakan salah satu kaedah untuk mengesan kontak rapat.

“Walaupun kerajaan dah umumkan bagi kontak rapat yang telah mendapat dos penggalak, mereka tak perlu kuarantin, tapi sekurang-kurangnya mereka dimaklumkan, mereka kontak rapat dan perlu berhati-hati,” katanya.

Mengenai kebimbangan orang ramai berhubung kemungkinan berlaku kebocoran data, Mohd Yusof berkata, kerajaan sudah memberi jaminan bahawa data tersebut selamat dan diselia Kementerian Kesihatan (KKM) sejak ia mula digunakan.

“Bila ada yang kata dapat panggilan daripada scammer, sebelum MySejahtera dibangunkan, aktiviti scam memang dah wujud lama. Data kita memang mudah dikesan.

“Pada pendapat saya, kita masih perlu meyakini jaminan kerajaan bahawa aplikasi MySejahtera itu selamat digunakan untuk tujuan pengesanan kontak rapat,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan aplikasi tersebut agar data yang disimpan benar-benar dilindungi.

“Kita tak tahulah sama ada kebocoran itu (berlaku), tetapi yalah sekurang-kurangnya kita harap kerajaan dapat memastikan jaminan keselamatan itu memang betul-betul diberikan perhatian.

“Tujuannya untuk dapat keyakinan rakyat bahawa data mereka selamat. Dengan keyakinan keselamatan data, kerajaan boleh guna perisian itu untuk pelbagai tujuan membanteras penularan COVID-19,” katanya. - Getaran, 30 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Cegah COVID-19 Ketika Aidilfitri: Patuhi SOP, Pakai Pelitup Muka Ketika Solat Sunat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2022: Malaysia Selangkah Menuju Fasa Endemik COVID-19

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad