web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Illi Najwa Mengadap Sultan Johor, Sah Masih Islam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 5:42PM

Illi Najwa dan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin mengadap Sultan Ibrahim. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Wanita Malaysia yang sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas berkahwin dengan kapten pasukan hoki kebangsaan India berlainan agama, mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini. 

Illi Najwa Anuar Hussein Saddique yang berkahwin dengan Manpreet Singh Pawar hadir ke Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini, diiringi Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Md Rofiki Shamsudin. 

Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap rombongan itu, yang turut mempersembahkan hasil siasatan JAINJ, berhubung status perkahwinan Illi Najwa dan suaminya.

Pertemuan terbabit turut mengesahkan status agama wanita itu, yang disahkan masih kekal beragama Islam.

“Pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka. 

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau juga hadir bersama kami untuk mengadap Tuanku Sultan,” katanya. 

Pada Disember lalu, Sultan Ibrahim menitahkan supaya JAINJ dan Jabatan Mufti Johor segera menjalankan siasatan, untuk menyiasat status terkini agama wanita berkenaan. 

Ia berikutan timbul desas desus bahawa Illi Najwa sudah murtad, apabila rakaman majlis perkahwinannya di kampung Manpreet di Mithapur, India dilangsungkan mengikut adat dan tradisi agama asal suaminya.

Sultan Ibrahim pada pertemuan berkenaan bertitah, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam, selaras dengan tugas sebagai Ketua Agama Islam di Johor.

Baginda bertitah, ia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan berkaitan Yahya memberitahu, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini di dalam proses. 

“Tidak ada apa-apa masalah untuk perkahwinan mereka didaftarkan dan isu ini juga sudah selesai,” katanya. - Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Pandu Kereta Termahal Di Dunia

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

3

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna 'Suara' Agong

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad