web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Entiti Persendirian Urus MySejahtera Membimbangkan - Tok Mat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 3:08PM

Menurut Mohamad Hasan, rakyat tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ (pengawasan) yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan laporan pelantikan entiti persendirian, MySJ Sdn Bhd sebagai syarikat yang akan menguruskan aplikasi MySejahtera untuk fasa seterusnya adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

Beliau berkata, walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memberi penjelasan berhubung perkara itu, ada beberapa kekeliruan yang wajar dijelaskan.

Katanya, ini terutamanya mengenai perlantikan MySJ Sdn Bhd melalui mekanisme rundingan terus dan bukan menerusi tender terbuka.

“Rakyat berhak mengetahui rasional dan motif serta kemampuan entiti terlibat. Apalagi kerana keputusan sebegini melibatkan pengurusan data peribadi dan maklumat kesihatan, pergerakan serta tren kehidupan puluhan juta rakyat Malaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar aplikasi MySejahtera diguna pakai untuk memudahkan urusan pendermaan organ di negara ini.

Mohamad Hasan - Gambar Azim Abd Rahman
Mohamad Hasan - Gambar Azim Abd Rahman

Begitupun Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana aplikasi tersebut pada awalnya dibangunkan kerajaan bagi tujuan pengawasan penularan pandemik COVID-19.

“Segala rencana menaik taraf penggunaan aplikasi tersebut, bagi memudahkan urusan pendermaan organ atau apa jua urusan kesihatan lain walaupun bermanfaat adalah tidak selari dengan tujuan asal pembangunan aplikasi tersebut.

“Dan sekiranya cadangan menaik taraf dan mempelbagaikan fungsi MySejahtera ini ingin dilakukan, mekanisme semak dan imbang sangat diperlukan bagi memastikan keutuhan maklumat peribadi rakyat Malaysia tidak dikompromi,” katanya.

Malah beliau berkata, kerajaan juga wajar memutuskan rasional untuk meneruskan penggunaan aplikasi MySejahtera dan kewajipan pengaktifan MySJTrace ketika negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik COVID-19 bermula pada 1 April ini.

Katanya, rakyat tidak boleh selamanya dibebani dengan mekanisme ‘surveillance’ (pengawasan) yang secara langsung, mencerobohi privasi dalam pergerakan dan kehidupan seharian mereka. 

“Tentukanlah tempoh masa, sebelum semua ini boleh kita hentikan, demi normalisasi kehidupan rakyat Malaysia sama seperti sebelum pandemik.

“Ketelusan dalam semua perkara ini adalah sangat penting dalam mengukuhkan keyakinan rakyat tentang pelan kerajaan dalam melebarkan aplikasi MySejahtera dari fungsi asalnya,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mempersoalkan tindakan kerajaan melakukan penjualan aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta, MySJ Sdn Bhd seperti dilaporkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.

Namun Khairy menegaskan kerajaan tidak pernah menjual aplikasi MySejahtera kepada mana-mana syarikat swasta, seperti dakwaan Anwar.

Katanya, aplikasi MySejahtera pada 26 November tahun lalu sudah diputuskan sebagai hak milik kerajaan dengan KKM dinamakan sebagai pemilik utama untuk pengurusan kesihatan awam negara. - Getaran, 29 Mac 2022
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tangani Masa Menunggu Lama, KKM Perluas Sistem Temu Janji MySejahtera

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Pengundi Positif COVID-19 Perlu Lapor Dalam MySejahtera, Dapatkan Garis Panduan Mengundi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

MySejahtera Diurus Bahagian Baru KKM Agar Operasi Lebih Teratur

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad