web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tradisi Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Dibenarkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 2:38PM

Wan Rosdy Wan Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyokong penuh cadangan membenarkan aktiviti berbuka puasa sepanjang Ramadan tahun ini diadakan di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) di Jalan Mahkota, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, secara dasarnya kerajaan negeri tidak ada masalah untuk memberikan kebenaran itu, namun ia masih tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kena dapatkan nasihat daripada MKN, dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan kita (kerajaan negeri) menyokong serta memberi kebenaran, terpulanglah kepada MKN.

“Mungkin mereka (MKN) akan luluskan, mungkin tidak lulus dan kalau lulus, mungkin ada syarat (tambahan) SOP serta sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengumumkan pendaftaran permohonan bagi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-PUSH) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah.

Pada 23 Mac lalu, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan cadangan bagi membenarkan aktiviti berbuka puasa di padang MBK1 kepada pihak kerajaan negeri dan MKN.

Katanya, MKN sudah menyatakan persetujuan untuk membenarkan permohonan itu, namun perkara terbabit tertakluk kepada persetujuan kerajaan negeri.

Tradisi berbuka puasa di padang MBK1 adalah antara aktiviti dinanti-nantikan penduduk setempat dan turut menarik perhatian pelancong dari luar negeri berkenaan.

Selepas dua tahun sebarang aktiviti puasa di padang awam tidak dibenarkan akibat penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti berita kebenaran terbabit disambut baik semua pihak.

Sementara itu, mengulas mengenai i-PUSH pula, Wan Rosdy berkata, dianggarkan 2,500 usahawan kecil di Pahang akan menerima manfaat melalui skim berkenaan.

“Mereka (usahawan kecil) boleh mula mendaftar pada 1 April ini dan nilai pembiayaan disediakan adalah antara RM3,000 hingga RM10,000.

“Kerajaan negeri akan permudahkan urusan (permohonan) ini dan penerima diberikan masa hingga lima tahun bagi tempoh pembayaran balik, selain moratorium setahun tanpa faedah,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja