web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Vaksinasi Di Rumah Untuk Warga Emas Yang Tak Dapat Hadir Ke PPV

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 9:09PM

ProtectHealth akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV berikutan masalah logistik. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) akan menyediakan perkhidmatan vaksinasi terus ke rumah dikenali sebagai Home Vaccination kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) berikutan masalah logistik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Anas Alam Faizli dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan itu disediakan bagi memperluas dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak, sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapatkan dos penggalak sehingga 31 Mac ini.

Katanya pendaftaran bagi perkhidmatan itu boleh dibuat melalui talian penting nasional untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari mulai 28 Mac dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Sebagai alternatif, orang ramai boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan mereka akan menerima maklum balas dalam masa satu hingga tiga hari.

Ini adalah usaha kerjasama antara ProtectHealth dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dalam menyeru semua warganegara atau bukan warganegara Malaysia mendaftarkan tanggungan warga emas mereka yang tidak dapat hadir ke PPV,” katanya.

Dr Anas juga berkata pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang ProtectHealth iaitu https://vaksincovid.protecthealth.com.my/register_vaccinee, serta aplikasi MySejahtera di bahagian Meja Bantuan dengan memilih pilihan A iaitu Janji Temu Vaksinasi Penggalak.

“Menerusi program Home Vaccination ini, kami ingin memberikan kemudahan dan pengalaman yang lancar serta selesa kepada warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV.

“Walaupun gelombang Omicron dilihat tidak agresif seperti gelombang Delta, bagi warga emas khususnya yang mempunyai komorbiditi ia bukanlah penyakit ringan kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kami menyeru orang ramai untuk memastikan ibu bapa anda dilindungi daripada virus COVID-19,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad