web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1, 264 Kes Masuk Hospital, 6 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 1:50PM

Seorang pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Kompleks Sukan Sandakan menunggu ambulan untuk dipindahkan ke wad Hospital Duchess of Kent, Sandakan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,264 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 487 kes (38.5 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 777 kes lagi (61.5 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, enam negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Putrajaya iaitu sebanyak 100 peratus dengan kesemua tiga katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Kuala Lumpur turut sudah menggunakan 67 peratus daripada keseluruhan 30 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 51 daripada 86 katil di Selangor pula sudah diisi pesakit COVID-19,” katanya hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Perlis, Johor dan Kelantan pula masing-masing merekodkan penggunaan katil ICU sebanyak 55 peratus, 53 peratus dan 52 peratus.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, tiada negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus.

“Selain itu, lapan negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Selangor (79 peratus), Putrajaya (72 peratus), Kuala Lumpur (64 peratus), Terengganu (60 peratu), Melaka (59 peratus), Perak (57 peratus), Sarawak (55 peratus) dan Negeri Sembilan (54 peratus).

"Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 195 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 22 peratus. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad