web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat, 152 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 10:58AM

152 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 43 kes iaitu 28.29 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 24,316 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, meningkat sedikit berbanding 22,491 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,079,242 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 24,019 kes tempatan dengan 297 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala, dengan jumlah 13,299 kes atau bersamaan 54.69 peratus. Sebanyak 10,865 kes pula berada dalam kategori 2 atau bergejala ringan.

“Sebanyak 75 kes iaitu 0.31 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (32) serta kategori 5 (45),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 152 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 43 kes iaitu 28.29 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 61 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 48 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 81 kes berumur 60 tahun ke atas, 76 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 64 kematian baharu direkodkan semalam dengan 18 kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 34,664 dengan 7,302 daripadanya adalah kes BID.

“Johor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 11 kes, diikuti Perak (9), Kedah dan Selangor (masing-masing 8), Melaka (5), Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak (masing-masing 4), Terengganu (3), Kelantan, Pulau Pinang dan Sabah (masing-masing 2) manakala Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing 1).

“Tiada kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat pertambahan empat kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 251 kluster yang masih aktif di negara ini. 

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,922 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 321 kes iaitu 139 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 194 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 25,512 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,796,975 kes. - Getaran, 25 Mac 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad