web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Juta Penerima Sinovac Dijangka Hilang Status Vaksinasi Lengkap 1 April - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 8:34PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira dua juta penerima vaksin Sinovac diunjurkan berisiko untuk hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ketika ini sebanyak 2.09 juta penerima Sinovac belum menerima dos penggalak.

“Mengikut unjuran kita untuk seminggu lagi, Kementerian Kesihatan unjurkan bahawa mungkin akan ada dua juta penerima vaksin berisiko hilang status vaksinasi lengkap mereka pada 1 April,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sebelum ini, tempoh untuk mendapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin itu sebelum status vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dinyatakan sebagai tidak lengkap berakhir 28 Februari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 31 Mac ini.

Khairy berkata bagi menggalakkan penerima vaksin jenis itu mendapatkan suntikan penggalak, perbincangan dengan Singapura juga turut dilakukan susulan persetujuan kedua-dua negara membenarkan pengembara lengkap vaksinasi merentas sempadan darat tanpa menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19.

“Saya bincang perkara ini dengan Menteri Kesihatan Singapura, mereka (Singapura) juga menganggap divaksinasi sepenuhnya untuk Sinovac (penerima) sebagai tiga dos (termasuk penggalak), jadi jika anda ingin menikmati perjalanan ke Singapura, tanpa kuarantin, anda tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Pengecualian kuarantin dan ujian COVID-19 bagi perjalanan darat Malaysia-Singapura itu turut merangkumi ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan bermula 1 April ini.

Sementara itu, Khairy berkata walaupun negara akan beralih ke fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini, namun mandat pemakaian pelitup muka adalah kekal.

Dalam pada itu, Khairy berkata permohonan kuarantin di rumah dan pemakaian peranti pengesanan digital adalah antara prosedur untuk pengembara yang akan dimansuhkan bermula 1 April ini.

Turut dimansuhkan ialah Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi, kaunter ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR oleh Kementerian Kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan My TravelPass. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 18 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad