web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 680,200 Liter Petrol Gagal, 7 Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 8:28PM

Lokasi serbuan aktiviti penyeludupan minyak petrol bernilai lebih RM5.5 juta di Semporna. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Cubaan menyeludup 680,200 liter minyak petrol bernilai RM5.5 juta ke luar negara gagal apabila kesemua bahan itu dirampas dalam serbuan di Pangkalan Sungai Pegagau, Semporna, dekat sini, semalam.

Komander Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, Pegawai Koordinasi Operasi Khas CPSK Bukit Aman bersama pegawai dan anggota Batalion 14 PGA Tawau terlebih dahulu menjalankan risikan sebelum serbuan dilakukan di lokasi kejadian.

“Dalam serbuan tersebut, mereka mendapati sekumpulan lelaki sedang melakukan kerja-kerja pemindahan cecair dari lori tangki ke sebuah bot kargo.

“Tujuh lelaki berkenaan berjaya ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati cecair dipindahkan itu adalah minyak petrol, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran terdekat,” katanya.

Menurut beliau, suspek juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran memiliki barangan bersubsidi berkenaan.

Abdul Rani berkata, semua individu yang bekerja sebagai pemandu lori dan anak kapal berusia lingkungan 26 hingga 42 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua tangkapan dan rampasan kemudiannya diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 30 minit yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad