web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti Dibentang 11 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 6:07PM

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Anti Lompat Parti akan dibentang pada Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 April ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menetapkan tarikh itu.

“Saya ada berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri dan kita telah bersetuju persidangan pada 11 April ini diadakan untuk kita membahaskan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti.

“Kuasa di bawah Peraturan 11(3) ini memang kuasa dan hak Perdana Menteri dan berbincang dengan Speaker (Dewan Rakyat) tapi tarikh itu ditetapkan dalam masa 14 hari,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bangun mencelah dan bertanyakan bila Sidang Khas Parlimen itu akan diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.

Wan Junaidi berkata tidak ada masalah untuk Sidang Khas Parlimen itu diadakan pada bulan Ramadan memandangkan sebelum ini persidangan Dewan Rakyat pernah diadakan dalam bulan puasa.

“Yang Berhormat jangan bimbang bahawa Perdana Menteri beri jaminan bahawa kita akan bentangkan rang undang-undang ini dan biarlah Ahli Parlimen buat keputusan sendiri.

“Yang Amat Berhormat (Perdana Menteri) pun cakap kalau tak habis (bahas) satu hari, dua hari pun boleh sidang khas ini,” katanya.

Sebelum ini, Wan Junaidi dilaporkan berkata beberapa cadangan pindaan perlembagaan akan dibentang semasa persidangan Dewan Rakyat kali ini termasuk rang undang-undang berkaitan Anti Lompat Parti dan mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal.

Ia selaras saranan Perdana Menteri yang mahu rang undang-undang itu disegerakan selepas kerajaan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bersama PH pada 13 September 2021.

Bagaimanapun, rang undang-undang itu tidak dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat kali ini bagi membolehkan pandangan serta input semua pihak terlibat diperoleh dan semua sesi libat urus selesai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi