web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM, SKMM, BNM Kerjasama Tangani Jenayah Penipuan Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 3:37PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lebih pantas dalam menangani jenayah penipuan dalam talian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya percaya gabungan tiga agensi itu dapat mempercepat tindakan susulan terhadap kes jenayah membabitkan penipuan, terutamanya Macau Scam.

Menurutnya, penting untuk JSJK mengesan pergerakan wang (money trail) yang dipindahkan mangsa kepada akaun sindiket supaya usaha untuk mendapatkannya kembali berjaya.

“Paling penting adalah kita mahu mengesan ‘money trail’ kerana kami dapati sindiket mengeluarkan wang begitu pantas dari akaun mangsa ke akaun lain sebelum mengeluarkannya.

“Sindiket juga didapati hanya memerlukan masa yang amat singkat untuk mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar bagi mengelakkan dikesan polis,” katanya pada sidang media di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, kerjasama antara ketiga-tiga agensi itu juga dapat memperkemaskan lagi sistem sedia ada sedang.

“Kita menjangka kedua-dua agensi itu akan bekerjasama sepenuhnya dengan CCID Scam Response Center pada Jun ini,” katanya.

Beliau berkata, CCID Scam Response Center merupakan sebuah pusat panggilan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk memberi kemudahan kepada masyarakat untuk berkomunikasi secara langsung dengan JSJK.

“Berdasarkan perangkaan yang diperolehi, kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan.

“Usaha pencegahan perlu dilaksanakan dengan lebih komprehensif bagi memastikan maklumat berkaitan jenayah komersial dapat disampaikan kepada masyarakat,” katanya.

Sejak ditubuhkan 15 Februari tahun lalu, Scam Response Center menerima 2,399 panggilan daripada mangsa dan pertanyaan mengenai modus operandi penipuan.

Beliau berkata, berdasarkan data ini, pihaknya percaya melalui penugasan di CCID Scam Response Center, seramai 969 individu telah berjaya mengelak dari menjadi mangsa jenayah komersial.

“Tidak mustahil jumlah individu yang mendapat manfaat dari perkongsian maklumat oleh petugas pusat panggilan ini adalah lebih tinggi,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, pihaknya optimis untuk sentiasa meneliti dan menambahbaik keberkesanan dan keupayaan pusat panggilan itu.

“Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

“Sebarang maklumat berkenaan sindiket penipuan boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad