web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Omicron BA.2 Merebak Sepantas 1.28 Hari, Bekas Pesakit Berdepan Jangkitan Ulangan?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 9:00AM

Gambar fai AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isnin lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Omicron sudah mula menggantikan Delta sebagai varian utama yang menular dalam kalangan penduduk di negara ini.

Untuk rekod, varian yang dibimbangi (VOC) Omicron terbahagi kepada tiga subvarian atau sub-keturunan iaitu BA.1, BA.1.1 dan BA.2.

Namun varian Omicron BA.2 meningkat kepada 27.1 peratus pada 1 hingga 17 Mac lalu berbanding Januari dan Februari, apabila pelaporan untuk varian tersebut hanyalah masing-masing 0.9 peratus dan 2.7 peratus.

Kenaikan mendadak sub-keturunan BA.2 ini ialah satu perkara yang perlu diambil perhatian, memandangkan ada kemungkinan ia kelak menjadi varian dominan di Malaysia.

Lebih membimbangkan, varian Omicron dipercayai lebih mudah berjangkit dan berisiko lebih tinggi menyebabkan jangkitan semula berbanding varian Delta dan Beta.

Perkara itu didedahkan Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip lebih-lebih lagi apabila subvarian BA.2 menunjukkan peningkatan bulan ini.

Dr Masita Arip
Dr Masita Arip

Atas sebab itu, beliau tidak menolak bekas pesakit COVID-19  berisiko mendapat jangkitan ulangan disebabkan subvarian tersebut sekiranya terdedah kepada kes positif tanpa diketahui.

“Kemungkinan itu ada, sebab kita kena bayangkan badan kita kenal virus COVID-19 iaitu SARS-CoV-2. Tapi SARS-CoV-2 yang badan kita kenal itu sudah tentu antibodi kita hasilkan daripada vaksin iaitu yang original (wild type).

“Apabila badan kita berjumpa dengan virus yang varian berubah sedikit, kita bayangkan orang tu pakai rambut lain. Jadi automatik badan kita dah tak kenal orang tu, sebab rambut dah lain. Bila virus masuk ke dalam badan, ia akan diproses di dalamnya.

“Dan spike protein yang terhasil itu akan dikenal pasti oleh badan. Walaupun varian berbeza, ia masih virus sama iaitu COVID-19,” katanya menerusi satu video dikongsi KKM di Facebook rasminya, baru-baru ini.

Dr Masita menjelaskan, subvarian BA.2 berbeza dengan BA.1 kerana ia mempunyai lapan mutasi dan boleh merebak dengan pantas.

“Ada kajian di Hong Kong contohnya, mereka mendapati dalam satu rumah, (BA.2) cepat merebak dalam tempoh 1.28 hari. Kalau kita terdedah selepas 1.28 hari, orang lain akan dapatlah.

“Biasa kita dengar boleh kena dua tiga hari kemudian. Tapi BA.2 dalam satu hari, esoknya mungkin dah dapatlah. Itulah perbezaan dengan BA.2, (jangkitan) nampak mendadak,” katanya.

Katanya, peningkatan ketara jangkitan akibat subvarian tersebut menyebabkan KKM melaporkan situasi semasa mengenainya supaya rakyat lebih peka dan  sentiasa berwaspada memandangkan negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April nanti.

Bagaimanapun Dr Masita berkata, walaupun kes membabitkan subvarian BA.2 meningkat, kategori serius masih lagi rendah kerana antibodi dalam badan yang terhasil menerusi vaksin yang diambil telah bertindak balas terhadap varian tersebut.

“Jadi kemungkinan untuk dapat jangkitan semula itu ada, tapi nak dapat (kes) serius tidaklah sebab kita dah ada antibodi daripada vaksin atau antibodi daripada jangkitan sebelum ini.

“Itu kena jelas. Dari segi risiko untuk dapat komplikasi amat rendah apabila antibodi sudah ada dalam badan untuk melawan virus tersebut,” katanya.

Justeru beliau menyarankan agar golongan berisiko terdedah kepada jangkitan tersebut seperti warga emas dan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun supaya mengambil dos penggalak dan suntikan COVID-19.

Data dikongsi KKM yang menunjukkan peningkatan ketara penularan subvarian Omicron BA.2 di kalangan rakyat di Malaysia.
Data dikongsi KKM yang menunjukkan peningkatan ketara penularan subvarian Omicron BA.2 di kalangan rakyat di Malaysia.

“Kita risau golongan yang sistem imunitinya masih belum mencukupi untuk melawan jangkitan, misalnya warga emas. Kalau mereka ada terima dos penggalak, Insya-Allah mereka ada imuniti mencukupi terhadap COVID-19.

“Begitu juga golongan yang kita turut risau iaitu kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Mereka perlu dapatkan vaksin. Jadi saya mohon pada ibu bapa untuk pastikan bawa anak-anak dapatkan vaksin,” katanya.

Beliau berkata, pengambilan vaksin COVID-19 amat penting bagi mempersiapkan badan dengan imuniti mencukupi untuk melawan jangkitan COVID-19.

“Walaupun varian berbeza, ia masih virus COVID-19, itu kena jelas. Cuma cara varian itu merebak agak pantas. Jadi penting kena ada vaksin COVID-19,” katanya.

Jelas beliau lagi, berdasarkan kajian yang dijalankan, individu yang belum divaksin berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan juga kematian.

“Untuk maklumkan kita semua, sesiapa belum terima vaksin, tak kisah COVID-19 ada varian atau tidak, memang amat berisiko tinggi dapat komplikasi termasuk masuk ICU dan juga kematian. Itu yang kita bimbang sebab imuniti dah tak cukup.

“Seperti kajian dilakukan didapati antibodi di kalangan mereka yang hanya menerima dos primer dan dijangkiti (subvarian) BA.1 dan BA.2 Omicron agak rendah sedikit tetapi selepas diberikan dos penggalak, (antibodi) automatik meningkat naik lapan kali ganda,” katanya. - Getaran, 24 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar