web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penolakan Usul Lanjut Tempoh SOSMA : PDRM Guna Pakai Peruntukan Lain

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 7:59AM

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengguna pakai peruntukan lain bagi kes disiasat Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selepas 31 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata susulan penolakan usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen itu di Dewan Rakyat semalam, PDRM akan menggunakan peruntukan di bawah mana-mana undang-undang sedang berkuat kuasa seperti Kanun Prosedur Jenayah untuk melaksana penahanan melalui proses reman di mahkamah.

Beliau berkata PDRM kekal komited bagi menjalankan siasatan sebaik mungkin dengan menggunakan akta sedia ada yang masih berkuat kuasa.

“PDRM mengambil maklum dan menerima keputusan Dewan Rakyat pada 23 Mac (Rabu) yang menolak usul Kementerian Dalam Negeri untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa SOSMA selepas 31 Julai ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata dengan keputusan terbaru itu, PDRM tidak lagi memperuntukkan kuasa penahanan selama 28 hari ke atas individu yang ditahan bagi siasatan melibatkan kes-kes keselamatan bersifat kompleks seperti kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan (kesalahan terhadap negara).

“Selain itu, kesalahan di bawah Bab VI A Kanun Keseksaan (kesalahan berkaitan keganasan); kesalahan di bawah Bab VI B Kanun Keseksaan (kesalahan jenayah terancang); kesalahan di bawah Bab III A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan Luar Negara 2015,” katanya.

Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA bagi tempoh lima tahun lagi yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad