web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Nazrin Perkenan Solat Jemaah Di Perak Tanpa Penjarakan Fizikal Mulai Jumaat

Semasa · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 5:14PM

Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke taklimat Majlis Keselamatan Negara dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan membenarkan solat fardhu, Jumaat, jenazah dan tarawih dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di negeri ini, dengan bilangan jemaah ditentukan mengikut keluasan ruang masjid atau surau, bermula waktu Subuh pada hari Jumaat ini.

Baginda bertitah bagi kalangan para pelajar terutamanya di sekolah asrama penuh pula, demi melindungi keselamatan mereka, pengetua sekolah dan pengetua pusat-pusat pengajian diberikan budi bicara untuk mengadakan solat Jumaat dalam surau, bangunan atau kawasan sekitar institusi masing-masing.

Sultan Nazrin bertitah walaupun Perak lazimnya menetapkan 20 rakaat solat Tarawih, bagi meminimumkan risiko jangkitan dalam tempoh Fasa Peralihan Ke Endemik, Jawatankuasa dan Pegawai Masjid diberikan budi bicara menentukan bilangan rakaat solat Tarawih yang difikirkan munasabah untuk dilaksanakan di masjid dan surau masing-masing.

“Bagi meminimumkan tempoh pendedahan jemaah kepada udara yang terperangkap dalam bangunan, tazkirah yang dibenarkan selepas solat witir hendaklah tidak melebihi 30 minit.

Program qiamullail dan iktikaf pada waktu malam di masjid dan surau dibenarkan, dengan mengambil langkah-langkah preventif jangkitan berpandukan nasihat Jabatan Kesihatan,” titah Baginda pada sesi sembah taklimat aktiviti masjid dan surau di negeri Perak sempena Fasa Peralihan ke Endemik di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Titah Baginda aktiviti Tadarus Al-Quran, kuliah dan kelas pengajian juga dibenarkan di masjid serta surau, dan hidangan berbuka puasa, hidangan selepas tarawih (moreh) serta hidangan sahur juga dibolehkan dengan penyediaan makanan bungkus, dan tidak dibenarkan jamuan secara hidangan terbuka terutama selepas tarawih.

“Jabatan Agama Islam dan Adat Melayu Perak hendaklah mengeluarkan pekeliling terperinci kaedah dan tatacara pengurusan aktiviti di masjid dan surau, merangkumi perkara-perkara menyentuh tahap kebersihan dan sanitasi,” titah Baginda.

Baginda bertitah aktiviti-aktiviti, pengurusan dan kesan terhadap perkara-perkara yang diperkenankan pada hari ini, akan dipantau secara teliti terutama oleh Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Kesihatan, dengan bantuan dan kerjasama Orang Besar Jajahan, Pegawai Daerah, dan Pegawai Tadbir Agama.

“Persembahkan kepada Beta laporan secara berkala,” titah Baginda.

Titah Baginda hasil daripada kelonggaran di bulan Ramadan ini akan menjadi penentu dan panduan kepada aktiviti yang akan diperkenankan bagi sambutan Hari Raya, yang akan diumumkan Baginda sendiri pada waktu sesuai, setelah Baginda berpuas hati bahawa risiko jangkitan berjaya diminimumkan dan dapat dibendung secara berkesan.

Sementara itu susulan peratus yang menerima suntikan dos penggalak di Perak masih rendah, terutama dalam kalangan penduduk di luar bandar dan umat Islam, Sultan Nazrin bertitah Orang Besar Jajahan dan Pegawai Tadbir Agama Daerah hendaklah berperanan aktif menyedarkan rakyat di luar bandar akan pentingnya ditingkatkan daya tahan tubuh atau imuniti untuk menangani wabak COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar