web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


1,339 Kes Masuk Hospital, 3 Negeri Guna Katil ICU Lebih 50 Peratus

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2022 2:13PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,339 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam melibatkan kesemua kategori 1 hingga 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 553 kes (41.3 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 786 kes lagi (58.7 peratus) kategori 1 dan 2.

Menurut beliau, tiga negeri dilaporkan merekodkan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus bagi merawat pesakit COVID-19.

Katanya, penggunaan katil ICU paling tinggi dicatatkan di Kuala Lumpur iaitu sebanyak 70 peratus dengan 21 daripada 30 katil yang dikhaskan sudah digunakan.

“Selain itu Johor turut sudah menggunakan 62 peratus daripada keseluruhan 58 katil ICU di wad tersebut.

“Sebanyak 52 daripada 86 katil di Selangor pula sudah diisi pesakit COVID-19,” katanya hari ini.

Bagi katil bukan ICU pula, Dr Noor Hisham berkata, terdapat satu negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu Selangor dengan 89 peratus.

“Selain itu, lapan negeri merekodkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 50 peratus iaitu Terengganu (75 peratus), Kuala Lumpur (74 peratus), Putrajaya (72 peratus), Melaka (65 peratus), Perak (61 peratus), Perlis (57 peratus), Sarawak (56 peratus) dan Negeri Sembilan (50 peratus).

“Untuk penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, tiada negeri merekodkan pengisian lebih 50 peratus,” katanya.

Pada masa sama Dr Noor Hisham memaklumkan, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan meningkat kepada 209 pesakit dengan peratusan penggunaan alat tersebut sebanyak 24 peratus. - Getaran, 23 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 minit yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek