Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Terus Menurun, 17,828 Jangkitan Baharu Semalam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 12:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 17,828 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, menurun sedikit berbanding 19,105 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,010,952 kes.

Katanya, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 17,421 kes tempatan dengan 407 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 8,551 kes atau bersamaan 47.96 peratus. Sebanyak 9,121 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 55 kes iaitu 0.31 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (48) serta kategori 5 (53),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 156 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan semalam, 33 kes iaitu 21.15 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Katanya lagi, daripada jumlah itu, 64 kes sudah menerima dua dos vaksin manakala 59 kes lagi membabitkan individu yang sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 109 kes berumur 60 tahun ke atas, 91 kes mempunyai komorbiditi manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat pertambahan dua kluster di negara ini.

Katanya, angka terbaharu itu menjadikan hingga kini terdapat 292 kluster yang masih aktif di negara ini.

Perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan hingga kini sebanyak 6,914 kluster sudah direkodkan di negara ini sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bagi kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 358 kes iaitu 141 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 199 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 28,003 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 3,712,668 kes. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 4 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 13 jam yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Kes Gaduh Anggota Tentera 

Semasa 14 jam yang lalu

Lori Simen Jatuh Gaung, 3 Lelaki Orang Asli Maut