web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perdaya Barisan Lembaga Pengarah, Bekas Presiden JCorp Didakwa Menipu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 12:16PM

Kamaruzzaman (tengah) dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan menipu ahli lembaga pengarah JCorp membabitkan pelaburan RM9.46 juta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Bhd (JCorp) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memperdaya barisan Ahli Lembaga Pengarah JCorp membabitkan pelaburan berjumlah RM9.46 juta.

Tertuduh, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Kamaruzzaman didakwa menipu dengan memperdaya Ahli Lembaga Pengarah JCorp untuk melabur sebanyak AS$1 juta (RM4.21 juta) dalam World Logistic Council Limited, manakala sebanyak AS$1.25 juta (RM5.27 juta) pula dilaburkan dalam World Logistic Council Americas LLC.

Perbuatan itu didakwa dibuat melalui satu pembentangan untuk meluluskan penggunaan dana sementara JCorp berjumlah AS$5 juta (RM21.07 juta) bagi membuat pelaburan berkenaan.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Bilik Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, Tingkat 25, Menara Komtar di sini, pada 8 Julai 2019.

Bagi kesalahan tersebut, beliau didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan Kamaruzzaman dijamin sebanyak RM150,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan iaitu pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada mahkamah selain diwajibkan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali dan tidak dibenarkan berkomunikasi dengan saksi pendakwaan.

Peguam K Ragunath yang mewakili Kamaruzzaman bagaimanapun memohon supaya mahkamah membenarkan pasport antarabangsa anak guamnya diserahkan sebelum 23 April kerana Kamaruzzaman bakal menunaikan umrah pada 7 April ini sebelum pulang ke tanah air semula pada 18 April.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan turut menetapkan tarikh 25 Mei untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan penyerahan senarai saksi pendakwaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong.

Kamaruzzaman dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp pada Disember 2010 menggantikan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebelum bersara pada 12 Disember 2019. - Getaran, 22 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad