web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dituduh Ambil Duit, Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Dibelasah Rakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 7:37PM

Lokasi kejadian seorang penghuni rumah anak yatim berusia 11 tahun maut dipercayai akibat dibelasah seorang penghuni lain.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dibelasah penghuni di rumah anak yatim dan miskin yang didiaminya, dalam satu kejadian di sini petang semalam.

Mangsa, Muhammad Hafdan Qurbani Azhar, 11 tahun dipercayai disepak, dicekik dan dihempas ke lantai oleh rakannya, selepas dia dikatakan mengambil duit seorang lagi penghuni rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku di surau rumah anak yatim terbabit.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Soi dekat sini dibawa ke rumah penyelia asrama oleh tiga penghuni dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Penyelia asrama yang pada mulanya mengesyaki mangsa mengalami sawan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum kanak-kanak malang itu disahkan meninggal dunia.

“Beliau (penyelia asrama) kemudiannya membuat laporan polis berhubung kematian mangsa,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Susulan insiden jelas Wan Mohd Zahari, polis mereman seorang remaja berusia 16 tahun selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengenai kejadian itu.

Mengikut rekod, kompleks rumah anak yatim terbabit berada di bawah seliaan kerajaan negeri dan mempunyai kira-kira 40 penghuni.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mengikut siasatan awal, kami dapati lokasi kejadian adalah bangunan surau di kompleks itu dan terdapat saksi ketika insiden tersebut berlaku.

“Kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian adalah kerana tidak berpuas hati dan ada unsur dendam antara suspek dan mangsa,” katanya. - Getaran, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 39 minit yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad