web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR Harus Kekal Tidak Berat Sebelah Dan Telus - Sultan Nazrin

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 4:18PM

Sultan Nazrin berucap di majlis pelancaran buku yang bertajuk ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir’. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sebagai satu badan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong harus mengekalkan sifat tidak berat sebelah dan berkecuali, sambil telus apabila menjalankan pilihan raya titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda berkata yang perkara ini semua mempunyai impak kuat ke atas keyakinan pengundi dan integriti badan itu tidak seharusnya menjadi persoalan. 

“SPR ibarat pengadil yang mengendalikan urusan persaingan antara calon-calon dan parti-parti politik semasa berlangsungnya
pilihan raya.

“Oleh itu SPR wajib pada setiap masa bersikap berkecuali - tanpa memihak dan kelihatan secara nyata tanpa ragu bersikap berkecuali - tanpa memihak. Atas sifat berkecuali – tanpa memihak, SPR diberikan amanah dan kuasa untuk memastikan pilihan raya berlangsung, dan kelihatan tanpa ragu, berlangsung secara adil dan bebas; urusan pengundian dipermudahkan, dan rakyat tanpa gentar – tanpa tekanan – tanpa takut – tanpa gusar,
bebas dan selesa mengundi secara rahsia," titah baginda ketika merasmikan pelancaran buku yang bertajuk ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang dan Tadbir’ di Hotel Majestic di sini hari ini. 

Baginda bertitah, di bawah prinsip pilihan raya yang bebas dan adil, satu persempadanan yang jelas mesti dibuat untuk memisahkan kerajaan dan parti politik, walaupun parti tersebut telah diamanahkan untuk menerajui pentadbiran.

Pemisahan sedemikian titah baginda, akan memastikan kemudahan dan sumber awam tidak disalahgunakan dan pilihan raya yang ‘bebas dan adil’ akan dapat melindungi hak rakyat untuk keadilan dan undi sulit.

Sultan Nazrin bertitah, pilihan raya yang bebas dan adil harus memastikan yang semua calon dan parti politik menerima layanan secara saksama, berpandukan kepada kedaulatan undang-undang.

"Untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, petugas pilihan raya hendaklah berperanan sebagai fasilitator membantu dan memudahkan calon yang berhasrat menawarkan diri mahu bertanding, dan rakyat yang mahu mengundi, bermula daripada proses dan prosedur yang dipermudahkan, begitu juga
dalam menetapkan tarikh, tempat dan waktu pilihan raya dilangsungkan.

“Pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil akan meningkatkan keyakinan pengundi yang diperlihatkan melalui peratusan tinggi rakyat yang turun mengundi. Pelaksanaan pilihan raya yang bebas dan adil akan menjadi penanda aras ketulenan dan kayu ukur kesungguhan budaya demokrasi yang diamalkan oleh sesebuah negara. Sesuatu pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil bukan sahaja berjaya meningkatkan keyakinan dan penyertaan rakyat, malah menjadi satu piawaian antarabangsa akan tahap keutuhan hak asasi seseorang warganegara.

"Cara sesuatu pilihan raya dikendalikan turut mencerminkan tahap pemikiran, tahap intelek, tahap kematangan, tahap meluhurkan perlembagaan dan tahap mendaulatkan undang-undang, juga tahap integriti, keikhlasan dan amalan ketelusan pentadbiran sesebuah negara," titah baginda.

Kesaksamaan SPR menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini, yang terbaru pada pilihan raya Johor, apabila beberapa pusat mengundi ditutup seawal jam 11 pagi. - The Vibes, 21 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad