web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Caruman KWSP, PERKESO Artis Antara Dibincang Dalam Task Force Industri Kreatif

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 2:30PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perlindungan insurans bagi golongan artis dan penggiat seni bebas merupakan antara perkara dibincangkan di bawah Task Force Industri Kreatif.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Task Force berkenaan akan meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk dari segi kebajikan penggiat seni termasuk artis, pelakon serta pekerja belakang tabir.

Jelasnya pandangan dan maklum balas sebagai input penting untuk melaksanakan inisiatif berkenaan juga diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Filem (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM).

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) yang ingin tahu usaha dan insentif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk membantu pelakon dan artis menyimpan atau menabung di KWSP demi masa depan dan saraan hari tua mereka di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) berhubung royalti penggiat seni, Zahidi berkata K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.

Mengenai perancangan kementerian itu bagi menjaga kebajikan artis veteran pula, beliau berkata input daripada persatuan artis juga diambil bagi mencari langkah menjaga kebajikan golongan itu memandangkan terdapat laporan ada antara mereka yang terlantar sakit dan dihalau dari rumah.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu perancangan K-KOMM bagi menjaga kebajikan artis veteran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad