web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DBP Kemuka Pindaan Akta DBP Dalam 3 Perkara Utama

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 8:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengemukakan pindaan Akta DBP dalam tiga perkara utama bagi membolehkan penguatkuasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata perkara pertama melibatkan pemberian kuasa penguatkuasaan Bahasa Melayu dalam sektor yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 152(6) yang memperuntuk penggunaannya dalam pentadbiran kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.

“Kedua, peruntukan yang membolehkan DBP mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa secara yang berasaskan undang-undang sah walaupun DBP sejak tahun 1980-an telah melaksanakan pengembangan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat dunia.

“Pindaan aspek pengantarabangsaan juga berkaitan rapat dengan kelulusan Jemaah Menteri menubuhkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) pada tahun 1997, dengan DBP sebagai urus setianya,” menurutnya dalam kenyataan. 

Beliau berkata pindaan ketiga pula berkaitan dengan peruntukan yang membolehkan DBP menubuhkan perbadanan agar fungsi perniagaan agensi itu dapat digerakkan dengan lebih berkesan sekali gus menyumbang dalam aspek kewangan negara.

“Sebagai badan berkanun, DBP hanya menerima peruntukan emolumen daripada kerajaan dan perlu menjanakan pendapatan untuk melaksanakan program perancangan bahasa, persuratan dan penerbitan,” katanya. 

Awang berkata DBP yakin iltizam kerajaan dalam usaha mengangkat bahasa dan persuratan Melayu di peringkat negara dan antarabangsa menjadi asas penting pelaksanaan dasar bahasa kebangsaan sebagai antara dasar utama negara selain meningkatkan imej serta maruah negara di mata dunia.

Beliau berkata DBP menghargai ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Perhimpunan Agung parti itu yang mengumumkan kerajaan akan meminda Akta DBP bagi membolehkan tindakan diambil terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek