Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tawar Diskaun Kompaun Di Bawah Kesalahan Akta 342

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 4:28PM

Takiyuddin Hassan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kabinet hari ini bersetuju menetapkan Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun Di Bawah Akta 342 Dan Peraturan-peraturan Di Bawahnya yang berkuat kuasa hari ini, yang antaranya menawarkan diskaun 50 peratus atau 25 peratus kepada individu atau syarikat, sekiranya menjelaskan bayaran dalam tempoh ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, individu atau syarikat yang dikenakan kompaun tertentu di bawah Akta 342 dan sekiranya membayar dalam tempoh seminggu atau dari hari pertama hingga hari ketujuh dari tarikh kompaun dikeluarkan, secara automatik mendapat diskaun 50 peratus.

“Sebagai contoh, bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka yang dikenakan kompaun RM1,500, sekiranya membayar dalam tempoh tujuh hari, hanya perlu bayar RM750,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, sekiranya kompaun dibayar antara hari kelapan hingga hari ke-14, individu atau syarikat layak mendapat diskaun 25 peratus, namun jika sudah melebihi 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan, tiada diskaun akan ditawarkan.

Beliau berkata, kerajaan dalam masa yang sama turut mempertimbangkan rayuan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), B40, pelajar dan berpenyakit kronik, untuk mendapat pengurangan kompaun melebihi nilai diskaun yang ditawarkan.

Takiyuddin berkata, mereka boleh membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui saluran tertentu, seperti perlu mengisi borang dan mengepilkan sekali dokumen sokongan seperti kad OKU atau kad pelajar.

Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, rayuan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai KKM yang ditetapkan seperti pengarah kesihatan negeri, timbalan pengarah kesihatan negeri (kesihatan awam), pakar epidemiologi daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Di Wilayah Persekutuan Labuan, rayuan boleh dibuat kepada pegawai KKM ditetapkan iaitu pengarah kesihatan negeri, timbalan pengarah kesihatan negeri (kesihatan awam) dan pegawai kesihatan epidemiologi.

“Mereka ini sahaja yang boleh beri pertimbangan kepada orang yang dikenakan kompaun berdasar rayuan dan bukti sokongan,” katanya.

Takiyuddin berkata bagi kesalahan yang dikenakan kompaun ketika pelaksanaan Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 bermula pada 11 Mac lepas, layak mendapat diskaun ditawarkan, dengan hari ini dikira sebagai hari pertama tanpa mengira tarikh kompaun dikeluarkan. 

“Dengan keluarnya Garis Panduan ini yang bermula hari ini, seumpamanya mereka disaman hari ini, mereka ada satu minggu kalau nak (diskaun) 50 peratus.

“Mulai hari ini, mereka yang dah kena saman sebelum ini boleh bayar dalam masa seminggu (untuk dapat diskaun 50 peratus),” katanya.

Takiyuddin berkata di bawah Garis Panduan itu kesalahan ditetapkan dengan tiga kategori iaitu tinggi, sederhana dan normal, dan nilai kompaun sewajarnya dikenakan adalah mengikut kategori.

Kategori tinggi ialah kesalahan yang menyebabkan penularan yang tinggi atau impak jangkitan kepada komuniti dalam skala besar; sederhana adalah kesalahan yang menyebabkan penularan tinggi tetapi tidak memberi impak besar jangkitan kepada komuniti; manakala normal adalah kesalahan yang boleh menyebabkan risiko rendah dan tiada kesan kepada komunti.

“Contoh di bawah kesalahan kategori satu atau tinggi, pengamal perubatan tidak memberikan notis dalam borang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit tentang wujudnya penyakit berjangkit.

“Contohnya doktor swasta tidak memaklumkan kepada KKM (Kementerian Kesihatan) ada pesakit yang positif COVID-19 mendapatkan rawatan di fasilitinya, kita cadangkan dikompaun RM5,000,” katanya.

Bagi kesalahan kerana mengunjungi kelab malam termasuklah perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam, individu boleh dikompaun RM10,000 manakala pemegang lesen atau pemilik premis pula dikenakan kompaun RM50,000.

Beliau berkata, contoh kesalahan di bawah kategori sederhana pula adalah, apabila seseorang memasuki tempat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, yang boleh dikenakan kompaun RM3,000.

“Kesalahan kerana enggan mematuhi apa-apa perintah pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 15 pula dikompaun RM4,000,” katanya.

Bagi kesalahan di bawah kategori normal, Takiyuddin berkata adalah seperti pekerja, pelanggan atau pembekal, yang tidak memakai pelitup muka, di mana  kompaun ditetapkan ialah RM1,500.

Takiyuddin berkata, kesalahan seperti gagal mendaftar masuk premis sama ada menggunakan MySejahtera atau buku pendaftaran dan gagal pastikan penjarakan fizikal, juga boleh dikompaun RM1,500.

Beliau berkata, bagi contoh kesalahan melibatkan syarikat pula, kegagalan pemegang lesen atau pemilik premis mematuhi waktu operasi, kompaun yang ditetapkan ialah RM10,000.

“Dalam suasana negara mengalami pandemik COVID-19, kita perlu undang-undang untuk mengawal, bukan untuk menghukum.

“KKM dah arah pegawai mereka, pihak polis pun dah arah pegawai mereka, supaya tindakan saman dan kompaun diambil sebagai langkah terakhir, selepas teguran dan nasihat dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP yang dianggotai polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), akan bermula selewatnya 1 April ini, bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan rakyat.

“Pasukan ini bertujuan untuk memantau pelaksanaan SOP dalam kalangan rakyat, dan memberi nasihat dan teguran sebelum mengeluarkan kompaun kepada yang ingkar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Individu Jual, Bekal Ubat Terkawal Boleh Dipenjara 5 Tahun - KKM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Individu Guna Akaun Palsu Untuk Menghendap Boleh Dikenakan Tindakan

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Ambil Serius Soal Kerja, Jika Tak Rasa Berbaloi Boleh Ambil Pelakon Lain - Shaheizy Sam

Sorotan

1

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

2

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

3

PM Doakan Faisal Halim Segera Sembuh Dan Kembali Teruskan Perjuangan Bola Sepak

4

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

5

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

6

Gaji Polis, Bomba Patut Naik Lebih Tinggi - Teresa Kok

7

KBS Pastikan Faisal Halim Dapat Rawatan Percuma Di ISN – Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pemain Tengah JDT Mangsa Ketiga, Kereta Safiq Rahim Dipecah Guna Tukul

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

4 Stesen Monorel Ditutup Sementara - Rapid Rail

Semasa 1 hari yang lalu

Kertas Siasatan Logo Mirip Kalimah Allah Pada Kasut Diserah Kepada AG

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM1.25 Juta: Reman 5 Polis Disambung Esok