web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup 7 Tan Barang Subsidi Gagal, 2 Rakyat Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 8:52PM

Antara tujuh tan barangan bersubsidi yang berjaya dirampas APMM. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Cubaan dua warga tempatan menyeludup tujuh tan barangan bersubsidi ke Indonesia tidak kesampaian apabila mereka ditahan pihak berkuasa di Kuala Sungai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, kedua-dua suspek berusia 49 dan 46 tahun dikesan dalam perjalanan ke Pulau Sebatik dengan menaiki sebuah bot kargo tempatan, yang membawa pelbagai barangan runcit termasuk tong gas LPG, gula, tepung dan minyak masak, dipercayai untuk diseludup ke sempadan Indonesia.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, pihaknya menerima aduan awam berhubung pergerakan bot kargo tersebut yang turut melanggar arahan Perintah Berkurung di kawasan perairan pantai Timur Sabah.

“Bertindak atas aduan berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melancarkan Ops Sejahtera dan Ops Cegah Pati di kawasan terbabit sebelum berjaya menemui bot kargo tersebut.

“Sebaik ditahan, anggota bertugas menemui 23 unit tong gas LPG, 2,513 kilogram minyak masak, 2,160 kilogram tepung gandum, 1,680 kilogram gula pasir dan pelbagai barangan lain,” katanya, hari ini.

Tambah Siva, tekong bot turut mengemukakan dokumen yang dikatakan permit pemilikan dan mendakwa muatan itu untuk keperluan pemborong di Pulau Sebatik.

“Bagaimanapun, APMM mengesyaki dokumen tersebut meragukan berikutan nombor pendaftaran bot kargo pada dokumen yang diberikan suspek adalah berbeza dengan nombor pendaftaran bot digunakan.

“Sehubungan itu, APMM menahan suspek dan merampas semua barangan, bot dan enjin digunakan, yang dianggarkan bernilai lebih RM60,000 bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Pernah Ditangkap Tapi Tak Serik, Rakyat Tempatan Ditahan Seludup Barang Subsidi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Politik 22 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad