web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pernah Ditangkap Tapi Tak Serik, Rakyat Tempatan Ditahan Seludup Barang Subsidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 2:48PM

Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Dua penduduk tempatan ditahan ketika cuba menyeludup lebih tujuh tan pelbagai barangan bersubsidi ke Indonesia, di perairan daerah ini awal pagi semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki berusia 32 tahun dan wanita, 35, baru sahaja dibebaskan dengan jaminan polis, selepas ditahan atas kesalahan menyeludup masuk lebih 1,600 kain batik dan beberapa barangan lain dari Indonesia, 14 Januari lalu.

Kedua-dua suspek ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke Indonesia menggunakan bot yang sama membawa 3.4 tan tepung gandung, 2.1 tan minyak masak berpaket, 1.6 tan gula pasir 1,764 set kosmetik dan pelbagai barangan runcit lain

Pengarah Zon Maritim Tawau Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, pihaknya berjaya mengesan pergerakan bot kargo tempatan berkenaan dari arah perairan Batu 3, menuju ke sempadan perairan Malaysia-Indonesia, jam 1.30 pagi semalam.

“Curiga melihat pergerakan bot kargo berkenaan, apatah lagi perlaksanaan perintah berkurung masih berkuat kuasa di pantai Timur Sabah, APMM bertindak menahan bot yang dinaiki seorang lelaki dan wanita pada kedudukan 0.2 batu Nautika Timur Laut Tanjung Saima, Pulau Sebatik.

“Pemeriksaan berjaya menemui ratusan bungkusan barangan bersubsidi berada dalam bot kargo tersebut, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya.

Menurut Siva, suspek juga gagal mengemukakan sebarang permit kebenaran memiliki barangan bersubsidi daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Suspek ada mengemukakan dokumen kastam berhubung barangan berkenaan, namun ia dipercayai palsu dan meragukan.

“Sehubungan itu, mereka ditahan dan semua barangan berkenaan termasuk bot dan enjin dianggarkan bernilai RM212,956 dirampas bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kastam 1967, Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Seludup Beras, Pelbagai Jenis Dadah

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik