web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kedudukan JAKIM, Hutang 1MDB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 8:44AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu berkaitan kedudukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikatakan diletak di bawah Majlis Raja-Raja serta jumlah bayaran balik hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) oleh kerajaan, antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, soalan berkaitan kedudukan JAKIM itu diajukan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) pada Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Perdana Menteri menjelaskan sama ada benar JAKIM kini diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja seperti mana dilaporkan di dalam media.

Turut tersenarai, soalan M Karupaiya (PH-Padang Serai) kepada Menteri Kewangan berkaitan jumlah yang dijelaskan oleh kerajaan untuk membayar balik hutang berkaitan 1MDB dan SRC International serta sumber kewangan yang digunakan.

Karupaiya juga ingin tahu mengenai jumlah nilai daripada setiap sumber berkenaan dan pembayaran itu dibuat atas nama siapa serta jumlah baki yang masih rakyat Malaysia berhutang.

Pada sesi soal jawab pula, Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada terdapat cadangan untuk mengekalkan Program Jualan Keluarga Malaysia khasnya, ketika musim perayaan di seluruh negara.

Selain itu, isu pengangguran belia (kategori umur 15-24 tahun) akan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang meminta Menteri Sumber Manusia menjelaskan langkah segera kerajaan dalam menangani masalah itu yang kini berada pada tahap 13.7 peratus menurut perangkaan Tenaga Buruh Malaysia November 2021.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) pula bertanyakan Menteri Dalam Negeri sama ada terdapat kematian dalam tahanan imigresen dalam tempoh lima tahun lepas dan langkah-langkah untuk menyiasat serta mencegah kejadian itu.

Selesai sesi tersebut, persidangan akan bersambung dengan sesi menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja melibatkan tiga lagi kementerian didahului dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar