Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tawar 70 Peratus Ekuiti DNB Kepada Syarikat Telekomunikasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 4:40PM

Tengku Zafrul berucap pada sidang media berhubung pelaksanaan 5G Digital Nasional Berhad di Kementerian Kewangan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN), dengan membuka ruang kepada syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata model SWN yang diterajui oleh DNB berdasarkan “pemulihan kos” dan “berpandukan penawaran”, bersama penyertaan ekuiti oleh syarikat telekomunikasi merupakan penyelesaian terbaik untuk mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G dengan objektif untuk menggalakkan penggunaan 5G oleh rakyat.

“Penyertaan syarikat telekomunikasi dalam DNB membolehkan mereka terlibat dalam pelaksanaan rangkaian 5G negara.

“Pengalaman syarikat telekomunikasi dalam membangunkan rangkaian 3G dan 4G di Malaysia juga boleh membantu dalam melancarkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata pengekalan model SWN merupakan pendirian tegas kerajaan terhadap kesinambungan dasar di Malaysia.

“Ia juga melambangkan model perkongsian awam-swasta Malaysia yang kukuh serta ekosistem pembiayaan sektor swasta yang mantap, yang semuanya akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” katanya.

Pelaksanaan model SWN ini akan memastikan tiada implikasi kewangan tambahan ke atas kontrak yang telah termeterai dengan penyedia perkakasan rangkaian yang dilantik iaitu Ericcsson (Malaysia) Sdn Bhd yang telah merangka pelan pelaksanaan dengan mengoptimumkan kerja kontrak dan perkhidmatan bagi vendor tempatan, dengan anggaran 61 peratus daripadanya dapat memanfaatkan kepentingan Bumiputera.

Tawar 70 Peratus Ekuiti dalam DNB kepada Syarikat Telekomunikasi

Tengku Zafrul berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan yang kini memiliki 100 peratus ekuiti DNB akan menawarkan sehingga 70 peratus pegangan ekuiti DNB kepada syarikat telekomunikasi Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO).

“Dengan struktur pemilikan baharu, kerajaan akan memegang 30 peratus ekuiti. DNB akan dikawal selia oleh KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas industri komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), seperti mana syarikat telekomunikasi lain.

“MOF pula akan terus memantau DNB dari segi tadbir urus dan sebagai pemegang saham,” katanya.

Pemilikan, nilai ekuiti dan aspek lain berkaitan cadangan penyertaan ekuiti ini adalah tertakluk kepada rundingan antara DNB dan syarikat telekomunikasi, dan proses penawaran ekuiti akan dimulakan selewat-lewatnya Jun depan.

Menurut Tengku Zafrul, pendekatan perkongsian awam-swasta Keluarga Malaysia ini juga akan memudahkan DNB mencapai sasarannya untuk meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk negara menjelang 2024.

“DNB diunjurkan untuk mengekalkan harga borong semasa 5G kurang daripada 20 sen setiap Gigabait (GB).

“Ini dijangka akan menjadikan kos 5G lebih berpatutan, menggalakkan penggunaan dalam kalangan para pengguna dan perusahaan serta mengurangkan kos sara hidup dan kos menjalankan perniagaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata ekonomi digital menyediakan peluang baharu yang luar biasa kepada Malaysia terutamanya dalam mempercepatkan kesalinghubungan di seluruh negara dalam era pasca pandemik ini untuk memudahkan usaha pemulihan serta pencapaian status negara berpendapatan tinggi.

“Pelaksanaan 5G akan memacu transformasi sosioekonomi negara dan ini dianggarkan akan menyumbang sebanyak RM650 bilion kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2030,” kata Tengku Zafrul. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi

Semasa 2 jam yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat