web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BNM Lantik Suhaimi Ali Sebagai Penolong Gabenor Berkuat Kuasa 1 April

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 2:18PM

Suhaimi Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Suhaimi Ali sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2022, manakala Penolong Gabenor Norzila Abdul Aziz akan bersara pada hari yang sama.

Menurut bank pusat, Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid akan mengambil alih portfolio yang dipegang Norzila pada masa ini yang terdiri daripada Jabatan Operasi Pelaburan dan Pasaran Kewangan dan Jabatan Dasar Pertukaran Asing, selain bertanggungjawab ke atas Jabatan Pengurusan Data dan Statistik.

“Sementara itu, Suhaimi akan mengambil alih portfolio yang dipegang Adnan pada masa ini yang terdiri daripada Jabatan Pembangunan dan Inovasi Kewangan, Jabatan Sistem Kewangan Islam dan Jabatan Rangkuman Kewangan,” menurut BNM dalam kenyataan hari ini.

Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, beliau yakin pelantikan Suhaimi akan memperkukuh keupayaan BNM untuk mencapai mandatnya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap sumbangan besar Norzila kepada BNM dan negara sepanjang 35 tahun berkhidmat.

Suhaimi mula berkhidmat di BNM pada 1998 selepas menamatkan pengajian dari University of Notre Dame, Amerika Syarikat.

Sepanjang kerjaya beliau di BNM, Suhaimi pernah berkhidmat di pelbagai jabatan, termasuk pembangunan sektor kewangan, pengawalan dan penyeliaan, perancangan strategik, amalan pasaran, perundingan antarabangsa dan perkhidmatan teknologi maklumat, serta pejabat gabenor. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

Sorotan

1

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

2

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

3

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

4

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

5

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

6

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad