web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPR Tidak Cadang Perluas Undi Pos Kepada Pemilih Sabah, Sarawak Di Semenanjung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:53PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat masa ini tidak bercadang untuk memperluas kategori undi pos kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sebaliknya, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini bagi memudahkan urusan pengundian bagi satu pilihan raya.

“Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menetapkan satu daripada kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah dengan bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya.

“Bagi maksud tersebut, SPR menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih sebagaimana yang ada di kad pengenalan dan pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (Warisan-Labuan) yang ingin tahu sama ada SPR sedang mempertimbang untuk membenarkan pengundian pos bagi mereka yang tinggal jauh daripada pusat pengundian berdaftar khususnya bagi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan dalam merangka prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang lebih berkesan pada PRU15.

Mas Ermieyati berkata kemudahan mengundi secara pos hanya diberikan kepada ahli dan kakitangan SPR; petugas pilihan raya; tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am yang bertugas pada hari mengundi awal;  pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi dan pengundi yang berada di luar negara.

Katanya kemudahan itu turut diberikan kepada kakitangan sembilan agensi antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sukarelawan dan Jabatan Imigresen yang bertugas pada hari mengundi serta pengundi tidak hadir luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara serta pasangan dan pelajar universiti sepenuh masa di luar negara serta pasangan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang meminda kaedah undi pos itu kepada undi awal bagi penduduk Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung, Mas Ermieyati berkata tidak ada keperluan untuk perkara itu.

“Perkara ini bukan sahaja tertakluk kepada pengundi Sabah dan Sarawak tetapi juga pengundi (Semenanjung yang tinggal di luar kawasan pilihan raya), contohnya pengundi Kelantan yang tinggal di Johor.

“Jadi buat masa sekarang, belum ada keperluan lagi untuk kita mengadakan pengundian secara awal itu tetapi apa juga cadangan akan kita beri perhatian,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad