web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PERHILITAN Pasang Perangkap Jejak Harimau ‘Tular’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:38PM

Tangkap layar dari video yang memaparkan seekor harimau belang duduk berteduh di sebuah ladang sawit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu memasang perangkap bagi mengesan seekor harimau belang yang didakwa berkeliaran di sebuah ladang kelapa sawit, semalam.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, siasatan telah dijalankan sebaik menerima aduan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Hulu Paka.

“Aduan itu didapati sahih dan kami akan memasang perangkap hari ini bagi menjejaki haiwan berkenaan,” katanya.

Kean Seong bagaimanapun menolak dakwaan harimau belang dilihat itu adalah haiwan sama yang cuba menyerang seorang penghantar makanan, dalam kejadian di Taman Bersekutu dekat Kampung Paya Dusun, awal Mac lalu.

“Orang ramai diminta segera beredar dari kawasan terbabit sekiranya terserempak dengan haiwan liar tersebut dan tidak menimbulkan sebarang provokasi,” katanya.

Jelas beliau, langkah terbaik ialah segera memaklumkan sebarang penemuan haiwan liar kepada pihak PERHILITAN bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Semalam, tular dua video memaparkan seekor harimau belang  yang dipercayai berada di sebuah ladang sawit dekat Ketengah Jaya, di sini.

Video dipercayai dirakam dari dalam kenderaan itu menunjukkan seekor harimau belang yang duduk berdekatan pokok kelapa sawit di kawasan itu.

Sebelum ini, seorang penghantar makanan berdepan insiden dikejar seekor harimau belang sejauh lima kilometer selepas dia dalam perjalanan pulang menghantar makanan. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Rencana 1 tahun yang lalu

Selamatkan Harimau, Atau Hilang Segalanya

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja