web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Onn Hafiz Akan Sentiasa Minta Nasihat Hasni

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2022 7:02PM

Onn Hafiz (depan) menziarahi pusara moyangnya, Datuk Onn Jaafar dan buyutnya (bapa kepada moyang) Datuk Jaafar Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akan mendapatkan khidmat nasihat pemimpin berpengalaman, khususnya mantan Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad dalam mentadbir negeri berkenaan.

Beliau yang baharu dilantik memegang jawatan itu, berharap gabungan pemimpin berpengalaman yang diadun dengan tenaga dan idealisme orang muda dapat membangun serta memperkukuhkan Johor.

“Saya akan sentiasa memohon khidmat nasihat daripada beliau (Hasni) yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.

“Semoga gabungan orang berpengalaman dengan tenaga dan idealisme orang muda akan dapat membangun serta memperkukuhkan negeri ini, agar terus disegani dan melangkah lebih jauh,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Onn Hafiz, 43, sah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini, hari ini.

Dalam hantaran sama, Onn Hafiz menyifatkan pengorbanan dilakukan Hasni untuk memberi ruang kepada orang muda memimpin negeri berkenaan sebagai bukti keyakinan beliau terhadap peranan dan kemampuan golongan terbabit.

“Pengorbanan dilakukan beliau (Hasni) untuk memberi ruang kepada orang muda memimpin Johor, sesungguhnya bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya hati dan jiwa negarawan beliau, malah membuktikan beliau meyakini peranan serta kemampuan orang muda dalam mengemudi negeri ini,” katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hasni atas segala pengorbanan, komitmen, bantuan dan daya kepimpinannya selama hampir dua tahun sebagai Menteri Besar terdahulu dalam menstabilkan Johor.

Pada masa sama, Onn Hafiz berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin bagi menunaikan segala janji dibuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Selain itu, beliau memohon semua bangsa Johor tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, bersama-sama kepimpinannya dengan bersatu hati, minda serta tenaga untuk terus membangunkan negeri berkenaan. 

“Saya juga ingin memohon doa daripada semua supaya segala langkah akan kita atur bersama selepas ini, mendapat keberkatan Allah dan mencapai matlamat disasarkan demi kemaslahatan negeri ini serta setiap rakyatnya.

“Saya terima mandat ini dengan tekad dan keazaman untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab diberi dengan segala tenaga, kudrat dan kemampuan saya ada,” jelasnya.

Terdahulu, Onn Hafiz yang juga mantan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Onn Hafiz adalah penyambung legasi Menteri Besar Johor pertama, Datuk Jaafar Muhammad dan Menteri Besar Johor ke-7 yang juga Pengasas UMNO, Datuk Onn Jaafar yang mana kedua-duanya adalah moyang beliau.

Beliau adalah cucu kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn dan anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. – Getaran, 15 Mac 2022
 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad