web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penempatan Setinggan Diserbu, 117 PATI Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 9:18PM

Semua individu berkenaan ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 117 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 71 kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu serbuan di penempatan setinggan tebing Sungai Likas, di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi jam 12 tengah malam itu semua individu berkenaan ditahan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 124 individu terlebih dahulu diperiksa di kawasan penempatan haram berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal, 117 daripadanya gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri termasuk 71 kanak-kanak berusia dua hingga 10 tahun.

“Turut ditahan 12 lelaki dan 24 wanita,” katanya kepada media, hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee, hasil semakan mendapati kanak-kanak terbabit juga keciciran pelajaran dan tidak pernah menerima pendidikan formal di sekolah.

“Sehubungan itu, semua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam masa sama, kami turut mendapati penduduk di penempatan setinggan itu mencuri bekalan air dan elektrik dengan membuat penyambungan haram daripada paip air serta kabel berhampiran,” katanya.

Tindakan terbabit jelas Khairul Dzaimee, bukan sahaja salah tetapi turut berisiko mengundang kemalangan termasuk kebakaran akibat litar pintas.

Semua tahanan dibawa ke lokap JIM Kota Kinabalu bagi siasatan terperinci dan saringan COVID-19 sebelum tindakan lanjut diambil. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad