web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Perlu Sahkan Keputusan Positif Ujian RTK-Ag Dengan RT-PCR

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 6:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggunaan kit ujian RTK-Antigen (RTK-Ag) sudah memadai untuk mengesan kes positif COVID-19 yang mempunyai tahap kebolehjangkitan tinggi dengan lebih pantas dan efektif.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ujian tersebut juga membolehkan individu dijangkiti mengasingkan diri dalam gelombang Omicron yang cepat merebak.

“Tak perlu menunggu 24 jam hingga 48 jam untuk tahu kita positif atau tidak, jadi lebih cepat kita mengesan dan asingkan diri jika positif.

“Lebih baik 1,000 orang buat ujian RTK daripada 10 orang buat ujian PCR walaupun PCR ini lebih sensitif,” katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Susulan itu, beliau menggesa orang ramai supaya mengurangkan kebergantungan kepada ujian RT-PCR sewaktu fasa peralihan endemik di negara ini.

Katanya, kaedah RT-PCR juga lebih mahal dan sangat sensitif.

“Sampai orang yang sudah sembuh pun masih lagi positif apabila mengambil ujian PCR.

“Malah ujian PCR tak pantas, tak cepat macam ujian RTK. Kita tunggu 15 minit sahaja dan kita tahu sama ada positif dengan kebolehjangkitan atau tidak,” katanya.

Namun beliau berkata, ujian RT-PCR masih boleh digunakan untuk tujuan ke luar negara atau sebelum kembali ke Malaysia.

Sementara itu, Khairy turut meminta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk bertindak ke atas kit ujian yang didapati tepat.

“Kita akan terus pantau kit yang ada di pasaran untuk pastikan kualitinya kita jaga dengan baik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak perlu mengesahkan keputusan positif ujian RTK dengan melakukan ujian RT- PCR.

“Hanya lakukan ujian RTK, anggap ia positif. Terus jalani kuarantin,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 52 minit yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 48 minit yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad