web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rugi RM14,700 Pinjam Duit Melalui Facebook

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tertarik dengan tawaran pinjaman mudah ditawarkan melalui laman sosial Facebook, seorang pekerja kedai bunga di Mentakab, dekat Temerloh, mendakwa ditipu hingga mengalami kerugian RM14,700.

Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun mendakwa terlihat iklan berkenaan ketika berada di rumahnya 9 Mac lalu.

Dia kemudiannya menekan pautan disediakan pada laman Facebook itu, sebelum dihubungi suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Allen, bagi mengemukakan permohonan pinjaman wang berjumlah RM50,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek mengarahkan mangsa melakukan transaksi pindahan wang ke nombor akaun diberikan bagi proses kelulusan permohonan pinjaman dibuat mangsa.

“Mangsa membuat lima transaksi ke akaun diberikan suspek pada 11 Mac dan 12 Mac dan mangsa turut diarahkan membayar RM6,000 sebagai yuran tambahan untuk pinjaman ingin dibuatnya.

“Suspek juga mengugut untuk mencari anak mangsa jika gagal membayar yuran tambahan dan membatalkan permohonan untuk pinjaman itu,” katanya di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang enggan mengikut arahan suspek tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk membuat laporan polis petang semalam.

“Wanita itu hanya menyedari sudah menjadi mangsa penipuan selepas curiga dengan permintaan suspek untuk memindahkan sejumlah wang kononnya bagi tujuan proses kelulusan pinjaman.

“Sebanyak lima transaksi dilakukan mangsa ketika berurusan dengan suspek membabitkan pindahan wang berjumlah antara RM1,000 hingga RM6,000 dan mangsa juga mendakwa dihubungi melalui tiga nombor telefon berbeza, dipercayai rakan subahat suspek sepanjang urusan tersebut berlaku,” katanya.

Polis jelas beliau, sudah memperoleh maklumat mengenai nombor akaun digunakan suspek dalam kes itu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan